berita

Angin Kencang Timur Laut Sehingga 2 November Di 6 Negeri Ini

October 29th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran angin kencang sehingga menyebabkan laut bergelora kuat bakal melanda di sekitar negeri Pantai Timur termasuk Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak dan Barat Sabah. Penduduk di sekitar kawasan ini dinasihatkan agar berhati-hati dan hentikan sementara aktiviti perkapalan, perkhidmatan feri dan aktiviti nelayan.

Notis awal angin kencang

Menurut laporan Bernama, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan notis awal angin kencang Timur Laut yang dijangka melanda esok hingga Jumaat ini iaitu 2 November. Angin kencang itu berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian kira-kira 3.5 meter.

Kawasan perairan yang dijangka melanda sekitar kawasan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak dan Barat Sabah.

Hentikan aktiviti laut

Jabatan Meteorologi Malaysia menasihati penduduk agar segera menghentikan segala aktiviti di laut termasuk perkapalan,  perkhidmatan feri dan aktiviti nelayan. Fenomena ini juga berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Selain itu, fenomena angin kencang Timur Laut ini juga dijangka berlaku di kawasan perairan selatan termasuk Samui, Tioman, Bunguran, Condore, Reef South, Reef North, Layang-layang, Labuan dan Palawan.

Sumber: Bernama

SKIP THIS AD ×