berita

Anna Jobling Ungguli Percalonan Top 5 ABPBH35! Meerqeen, Amir Ahnaf & Mierul Aiman ‘Follow’ Rapat

June 20th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Pelakon jelita, Anna Jobling berjaya mengungguli pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH 35) dengan empat kategori.

Artikel Berkaitan: ABPBH35 Kini Kembali Dengan Tema ‘Ekspresi Legasi Seni’

Unggul 4 kategori

Anna atau nama lengkapnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 23, menerima empat pencalonan itu menerusi  kategori BBNU Wanita Popular, Aktres TV Popular, Couple TV Popular dan Drama Popular.

Pencalonan Anna untuk kategori Couple TV Popular dan Drama Popular adalah menerusi drama sensasi lakonanya bersama aktor Meerqeen dalam Melur Untuk Firdaus yang disiarkan di slot Akasia TV3.

Sementara itu, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam berjaya mengikut rapat di belakang Anna dengan tiga pencalonan.

Dalam pada itu, enam lagi selebriti lain yang berjaya membolosi tiga ketegori ialah Janna Nick, Zizan Razak, Aedy Ashraf, Raysha Rizrose, Redza Rosli dan Siti Khadijah Halim.

Menariknya lagi, pelakon meningkat naik yang berjaya mencetuskan fenomena iaitu Amir Ahnaf dan Mierul Aiman antara yang tidak terlepas memberikan saingan pada edisi kali ini.

Amir dan Mierul berjaya menempatkan diri mereka menerusi kategori BBNU Lelaki Popular.

Pusingan pertama undian Top 20, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 yang dilancarkan 12 Mei hingga 11 Jun lalu, mencatat rekod baharu dalam sejarah penganjuran acara anugerah berprestij ini apabila lebih 21 juta undi diterima sepanjang tempoh 31 hari proses pemilihan dibuka.

Secara keseluruhan, sejumlah 21,033,657 undian diterima daripada peminat membabitkan 12 kategori utama dan tujuh kategori sampingan, Ekstra! yang dipertandingkan pada edisi kali ini. Proses pemilihan calon Top 5 bagi setiap kategori adalah berdasarkan 70 peratus undian peminat, manakala 30 peratus lagi penilaian juri profesional.

ABPBH masih relevan

Sementara itu, pengarah ABPBH 35 merangkap Pengarang Berita Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir, berkata undian lebih 21 juta yang diterima membuktikan acara anugerah ini masih relevan dan mendapat tempat di hati peminat industri hiburan tempatan.

Kita amat berbesar hati dan berbangga dengan jumlah undian tertinggi dikumpul pada fasa awal ABPBH 35 yang memberi petunjuk bahawa acara anugerah ini masih relevan.

Sokongan peminat menunjukkan ABPBH masih menjadi pengukur dalam menilai populariti artis dan selebriti tempatan, apatah lagi, kali terakhir acara anugerah ini dibawa kira-kira, dua tahun lalu.

Biarpun ABPBH tidak dianjurkan tahun lalu, kita percaya acara anugerah ini masih meraih kepercayaan peminat dan penaja dalam merancakkan lagi pembangunan sektor kreatif tempatan serta sanjungan ramai terhadap bakat dan kreativiti anak seni.

Top 5

Berikut merupakan senarai penuh calon Top 5 bagi 12 kategori dan tujuh kategori Ekstra! yang dipertandingkan:

 

SKIP THIS AD ×