berita

Arah Keluar Kereta Untuk Pemeriksaan Badan, Dua Anggota Polis Ditumbuk

June 22nd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Tindakan agresif seorang lelaki yang menyerang dan menumbuk dua anggota polis yang sedang menjalankan tugas membawa padah apabila dia akhirnya ditahan.

Tumbuk dua anggota polis

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, kejadian tersebut berlaku semasa kedua-dua anggota polis sedang menjalankan rondaan cegah jenayah bermotosikal di Taman Sri Manja, Petaling Jaya. Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya iaitu Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, pihak polis menerima aduan daripada seorang lelaki tempatan yang meminta mereka menjalankan pemeriksaan ke atas suspek yang berada dalam sebuah kenderaan di kawasan perumahan berkenaan.

Setibanya di lokasi, anggota polis mengarahkan suspek keluar dari kenderaannya untuk pemeriksaan badan namun suspek secara tiba-tiba menyerang kedua-dua anggota polis berkenaan.

Suspek tiba-tiba merangkul leher seorang anggota dari belakang lalu menumbuk muka dan perut anggota itu. Rakan setugasnya yang datang untuk meleraikan suspek turut ditumbuk di bahagian muka.

Susulan daripada itu, suspek yang berusia 26 tahun itu telah ditahan dan direman selama empat hari. Suspak akan disiasat di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan. Hasil semakan mendapati, suspek tiada rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing juga didapati negatif dadah. Difahamkan, kedua-dua anggota polis yang diserang itu mengalami kecederaan di bahagian tangan dan badan manakala suspek mengalami cedera ringan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×