berita

Bawa Konsep Muzik ‘Remix’, Kangen Band & Bagindas Bakal Beraksi Di Konsert C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur!

April 26th, 2024 | by Maya
Kini Trending

Kumpulan dari Indonesia yang tidak asing lagi iaitu Kangen Band dan Bagindas bakal disatukan dalam Konsert C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur pada 26 Mei ini, jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.

Artikel berkaitan: 50% Tiket Sudah Terjual, Kangen Band Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Pada September Ini

Artikel berkaitan: Bagindas Bakal Cipta Fenomena Buat Peminat Di Malaysia

Kembali hiburkan peminat

Tahun lalu, Kangen Band dan Andra Bagindas ini berjaya mengadakan konsert mereka di Kuala Lumpur dengan menyaksikan sambutan yang cukup hebat daripada peminat.

Penganjur Backdoor Entertainment iaitu Rosdi Azwan berkata, konsert kali ini menjanjikan satu kelainan bagi penonton di Malaysia.

Kemeriahan konsert terdahulu mencipta satu fenomena asia yang memukau dan menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat muzik dan pemilik media sosial. Apatah lagi konsert itu sudah lama dinanti-nantikan dan dianggap sebagai acara yang dinantikan setiap peminat setia.

Kali ini, kami bawakan mereka semula di atas satu panggung yang sama. Di dalam gelombang galau dan melodi remix yang memukau, konsert ini pastinya menjanjikan satu pengalaman yang mengasyikkan dan penuh semangat bagi peminat kedua-dua band ini.

Berkonsep muzik ‘remix’

Menurutnya, apa yang lebih menarik adalah dengan satu tiket peminat dapat menyaksikan dua band ini beraksi di atas satu pentas.

Selain persembahan hebat dari Kangen Band, Bagindas juga turut menampilkan DJ Rycko Ria selaku pencipta muzik Remix bagi kesemua lagu Bagindas.

Satu fakta penting bagi konsert ini buat peminat di Malaysia, Kangen Band akan menyanyikan 18 lagu dan Bagindas X DJ Rycko akan menyanyikan 12 lagu berkonsepkan muzik remix.

Ia seperti membawakan dua element muzik yang berbeza kali ini. Pastinya, persembahan ini bakal mengukir satu lagi konsert fenomena asia di Malaysia.

Dengan kehadiran persembahan luar biasa daripada Kangen Band dan Bagindas X Dj Rycko Ria, konsert ini sememangnya memukau hati penonton di Malaysia.

Harga tiket tempahan awal atau ‘early bird’  bagi menyaksikan Konsert C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur Kangen Band dan Bagindas X Dj Rycko Ria adalah RM170 (Free Standing), RM220 (Seating), RM280 (Premium Seating) dan RM3,500 termasuk Meet And Greet (VIP Box).

Tiket sudah boleh didapati menerusi https://kangenband.ubertickets.asia/

SKIP THIS AD ×