berita

‘Banyak Tweet Awak Dah Delete…Kenapa? Musykil Pula Saya’ – Uqasha Senrose Pasang Peguam, Buat Laporan Polis

March 19th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon, Uqasha Senrose nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai kaki buli pada zaman persekolahan.

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Tertipu Dengan Air Mata Dia, Talam Dua Muka’- Individu Dakwa Uqasha Kaki Buli Masa Sekolah?

Artikel Berkaitan: Mengaku Pernah Hisap Rokok Depan Sekolah, Individu Dakwa Uqasha Kaki Buli Buka Aib Sendiri?

Artikel Berkaitan: ‘Sejak Bila Saya Pembuli? Kak Yongnya..Kuatnya Aku Ni Sampai Awak Takut Ye’ – Uqasha

Serah kepada pihak berkuasa

Menurut Uqasha, penyebaran dakwaan palsu yang viral menerusi Twitter tersebut telah pun diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. Tambah Uqasha, dia telah membuat laporan polis dan melantik peguam bagi menguruskan kes berkenaan.

Berani kerana benar, saya tak takut sikit pun. Saya ambil tindakan undang-undang kerana impak akibat fitnah itu membuatkan ramai tak kenal saya, tapi percaya saya kaki buli. Orang yang sokong dia pun bukan main lagi menambah-nambah (tuduhan), jadi batu api. Anda hanya dengar daripada sebelah pihak sahaja.

Hanya dengan sekeping gambar dia tuduh macam-macam. Saya pun hairan bagaimana dia boleh fitnah sebegitu. Tak mengapa, sekolah serta guru yang pernah mengajar saya masih ada di situ.

Cuma saya ajukan perkara ini ke pihak berkuasa sebagai penegasan saya bukan pembuli. Lagi pun saya banyak berpindah sekolah ketika tingkatan lima dulu.

Terbaru, Uqasha berkata pihak peguam dan polis sudah melakukan siasatan.

Tambah Uqasha, dia berasa pelik mengapa individu tersebut telah memadam kebanyakan ciapan di Twitter.

Sumber: Uqasha Senrose

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×