berita

Bawa Mayat Pergi Bank Nak Keluarkan Duit Simpanan

January 13th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Mayat seorang lelaki di India telah dibawa oleh penduduk kampung ke sebuah bank semata-mata mahu mengeluarkan wang simpanan si mati. Mereka dikatakan bertindak sedemikian kerana mahu menggunakan wang tersebut untuk urusan pengebumian si mati.

Bawa mayat ke bank

Menerusi laporan yang dipetik daripada India Today, mangsa, Mahesh Yadav dipercayai meninggal dunia ketika sedang tidur di rumahnya yang terletak di Singriyawan, India. Insiden cemas itu hanya disedari oleh jiran tetangga beberapa jam selepas pemergiannya.

Difahamkan, mangsa yang berusia 60 tahun itu tidak mempunyai ahli keluarga dan dikatakan tinggal bersendirian di rumah berkenaan. Menurut sumber, jiran tetangga sudah sedaya upaya mencari barangan berharga serta wang tunai di rumah mangsa untuk urusan pengebumian tetapi sayangnya mereka langsung tidak menemui apa-apa.

Semuanya selesai

Mereka hanya menemui buku bank milik mangsa. Oleh itu, mereka membuat keputusan untuk membawa mayat mangsa ke bank supaya wang simpanannya dapat dikeluarkan untuk pembayaran pengembumian. Tidak cukup dengan itu, kesemua mereka seakan protes dan tidak mahu menguruskan pengebumian mangsa sekiranya pihak bank tidak membenarkan pengeluaran wang tersebut.

Namun segala-galanya berakhir selepas pengurus bank memberikan sejumlah wang. Kesemua mereka kemudian telah meninggalkan bank berkenaan.

Sumber: India Today

SKIP THIS AD ×