berita

Beyonce Batalkan Konsert Kerana Mengandung?

May 15th, 2013 | by Ai
Hollywood

Beyonce-beyonce-32537896-1280-960

Baru-baru ini ada khabar angin mengatakan Beyonce telah membatalkan persembahan di Belgium kerana dia kini sedang hamil.

Menurut laporan media, penyanyi pop itu membatalkan konsert yang dijadualkan berlangsung semalam (14 Mei) gara-gara kepenatan dan dehidrasi.

Buat masa ini, Beyonce sedang berehat sambil menunggu laporan lanjut daripada doktor sebelum membuat keputusan untuk meneruskan konsert seterusnya ataupun tidak.

Pada Februari yang lepas, Beyonce ada memberitahu Oprah Winfrey yang dia mungkin akan menambah zuriat selepas konsert jelajahnya tamat.

beyonce-pregnant-another-baby

‘Baby bump’ Beyonce sedikit terserlah

Desas-desus ini masih belum dapat dipastikan walaupun berita mengenai kehamilannya telah membanjiri laman internet. Namun apa yang pasti, Beyonce memang menginginkan anak lagi untuk menjadi teman bermain anak perempuannya yang kini berusia setahun lebih.

Untuk pengetahuan umum, Beyonce kini sedang sibuk dengan konsert jelajah ‘Mrs. Carter Show World Tour’ yang bermula di Antwerp kemudian beralih ke Switzerland, Italy, France, Eastern Europe dan Amerika Syarikat.

SKIP THIS AD ×