berita

Boss Hadiahkan 600 Buah Kereta Untuk Para Pekerjanya.. Kaya Teruk!

November 1st, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Hartawan berlian di India, Savji Dholakia telah menghadiahkan 600 orang pekerjanya dengan sebuah kereta setiap seorang. Ratusan pekerja di sebuah syarikat perdagangan berlian yang diuruskan Dholakia, Hari Krishna Exporters itu menerima kereta keluaran negara itu, Maruti Suzuki. Manakala ribuan lagi pekerja ditawarkan ganjaran wang tunai dan unit apartment.

600 buah kereta untuk para pekerja

Majlis penyerahan hadiah tersebut dilakukan secara besar-besaran di Surat, Gujarat. Majlis itu juga turut disertai Perdana Menteri Narendra Modi.

Dholakia sebelum ini memang terkenal di India kerana beliau akan memberikan hadiah mewah untuk para pekerjanya sempena perayaan Diwali. Pada tahun 2016, Dholakia menghadiahkan ratusan unit apartment pada ucara seumpamanya.

Dholakia berkata di laman status Facebook miliknya;

Matlamat program ini adalah untuk menghadiahkan pekerja yang setia dan berdedikasi kepada syarikat.

Kebiasaannya, orang India akan memberikan hadiah antara satu sama lain, terutama sekali bila perayaan Diwali, iaitu festival Hindu terbesar yang meraikan kisah kebaikan yang mengatasi kejahatan. Selain itu, amalan tersebut secara tidak langsung telah melonjakkan ekonomi India setiap tahun.

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.