berita

Converse Kini Keluarkan Model Cun, Counter Climate Shield Canvas Collection! Smart Beb!

August 19th, 2016 | by Noraniza
Shout Out!

Group-Shot

Wow! Rasa macam nak menangis bila tengok design Converse yang super cun dan smart ni. Menangani masalah cuaca yang kerap berubah di Malaysia ni, Converse kini menggabungkan rekaan classic sneaker dengan keperluan ciri-ciri cuaca dengan mengeluarkan koleksi Fall/Holiday 2016 Converse Counter Climate Shield Canvas Footwear.

Koleksi ini menampilkan ciri-ciri warna yang berani dan material hebat seperti water repellent canvas dan waterproof neoprene. Setiap sneaker boleh menangani masalah cuaca tidak terjangka seperti hujan dan sebagainya, tetapi tetap mementingkan gaya dan keselesaan kepada si pemakai.

Screen Shot 2016-08-18 at 1.14.34 PM

Screen Shot 2016-08-18 at 3.35.45 PM

Koleksi Fall/Holiday 2016 Converse Counter Climate Shield Canvas Footwear ini dilengkapi dengan durable water repellant (DWR) yang berfungsi untuk menghalang air daripada meresap.

Koleksi ini mula dilancarkan pada 11 Ogos 2016 dan boleh didapati di cawangan Converse, Converse.com dan juga third party retailers pada harga RM 349.90 sehingga RM 399.90.

Screen Shot 2016-08-18 at 4.19.33 PM

Converse Chuck Taylor All Star II

Screen Shot 2016-08-18 at 4.17.28 PM

 

Direka khas untuk pencinta Chuck Taylor yang tetap mahu menggayakan rekaan Chucks tanpa mengira cuaca, Converse Chuck Taylor All Star II Shield Canvas sneaker menggabungkan dan menambahbaik keselesaannya dengan Nike Lunarlon sockliner, non-slip padded tongue dan micro-suede lining serta menggunakan material yang mampu bertahan terhadap perubahan pelbagai situasi.

Ia juga dilengkapi dengan water repellent shield canvas dan gusseted tongue untuk menyesuaikan sneaker ini dalam keadaan yang basah dan lembap. Malah, sneaker ini mempunyai ciri-ciri reflective heel webbing dan barrel laces untuk menambah penglihatan dalam situasi yang kurang bercahaya. Koleksi ini boleh didapati dalam pelbagai warna iaitu hitam/reflective, putih/lava dan juga hitam.

Screen Shot 2016-08-18 at 4.20.41 PM

Converse Chuck Taylor All Star

Screen Shot 2016-08-18 at 4.17.00 PM

Shield Canvas ini juga diperkenalkan dalam rekaan Classic Converse Chuck Taylor All StarClassic Converse Chuck Taylor All Star menampilkan ciri water repellent Shield Canvas upper, gusseted tongue dan tiada medial eyelets untuk mengelakkan air daripada meresap ke permukaan tapak sneaker.

Oh ya! Material reflective juga disertakan dalam Classic Converse Chuck Taylor All Star ini. Terdapat beberapa warna untuk koleksi ini iaitu Fatigue Green, Obsidian/White/gum dan hitam.

Screen Shot 2016-08-18 at 4.21.24 PM

Untuk maklumat lanjut, sila layari  laman Facebook Converse Malaysia. Eh, jom usha sikit sejauhmana ‘cool’nya koleksi ini dalam video di bawah ni! Oh, sebelum tu, jangan lupa untuk guna #ChuckII #CounterClimate #ShieldCanvas #ReadyForMore #ConverseMY ok! Barulah geng Converse!

Comfort for any forecast. Counter Climate culture begins with the Chuck Taylor All Star II Shield Canvas. Now in Converse Malaysia.

Posted by Converse Malaysia on 10hb Ogos 2016

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×