berita

Cukup 7 Hari, Tasha Shilla Dedah & Umum Nama Anak Sulung. Alahai, Comelnya Dia…

May 2nd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Pelakon Tasha Shilla selamat melahirkan anak sulungnya pada 25 April lalu di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur. Dia bagaimanapun bersyukur kerana dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada bulan Ramadan ini.

Artikel berkaitan: Tasha Shila Selamat Timang Cahaya Mata Lelaki Sulung. Tahniah!

Terbaru, Tasha Shilla mendedahkan wajah dan mengumumkan nama anak lelakinya itu setelah cukup seminggu merahsiakan kepada umum. Alololo, comelnya dia…

Setelah tujuh hari…

Tasha mengumumkan nama cahaya mata sulungnya iaitu Raeez Zander Bin Muhammad Atiq dan memuat naik beberapa keping foto di laman Instagram. Dia turut memohon agar pengikutnya mendoakan kesejahteraan buat anak lelakinya itu.

Syukur Alhamdulillah, sempena hari ketujuh kelahiran anak saya dan suami Atiq Idris, kami ingin perkenalkan “Raees Zander bin Muhammad Atiq”. Saya memohon dengan keberkatan, agar kalian semua tolong doakan untuk dia semoga menjadi anak yang soleh, penyejuk mata hati ibu dan ayahnya, beri dia ilmu yang bermanfaat, kuatkan iman dan aqidahnya, dilimpahi rezeki yang luas dan halal.

Comelnya…

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla)

Sumber: Tasha Shila<

SKIP THIS AD ×