berita

Dah Ada 4 Anak Perempuan, Wanita Hamil 8 Bulan Diceraikan Sebab Suami Nak Anak Lelaki – ‘Dia Nak Kahwin Lain’

November 24th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Seorang wanita diceraikan si suami hanya kerana dirinya dipercayai bakal melahirkan bayi perempuan. Lelaki itu nekad membuat keputusan tersebut kerana mahukan anak lelaki untuk meneruskan keturunan mereka.

Diceraikan sebab suami nak anak lelaki

Menurut sumber, wanita yang dikenali dengan nama Hu dari Beijing, China berkahwin dengan suaminya ketika berusia 15 tahun dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata dan kesemuanya merupakan anak perempuan. Namun siapa sangka, suami Hu seakan tidak gembira dengan rezeki tersebut dan dia berharap anak kelimanya ini adalah berjantina lelaki.

Hal ini kerana, keluarga lelaki itu mempunyai kefahaman bahawa seorang wanita harus melahirkan anak lelaki untuk meneruskan keturunan. Jika tidak, mereka akan dianggap tidak berbakti. Tetapi harapannya musnah apabila dia percaya isterinya yang sarat hamil 8 bulan itu bakal melahirkan anak perempuan.

Suami saya berkata dia mahu menceraikan saya kerana dia fikir bentuk perut saya menunjukkan saya hamil anak perempuan lagi. Katanya, dia takut jika benar dia memiliki anak perempuan kerana dia satu-satunya anak lelaki daripada keluarga besarnya.

Dia berkata jika saya tidak dapat melahirkan bayi lelaki untuknya, dia mahu berkahwin semula dan mendapat anak lelaki dengan perempuan lain.

Menurut Hu, dia terpaksa menerima keputusan si suami untuk bercerai dan ianya secara tidak langsung dapat mengelakkan dirinya dan anak-anak daripada menjadi mangsa dera si suami. Hu akui suaminya sering memukulnya selain mempunyai hubungan dengan wanita lain sejak dirinya hamil anak kedua. Difahamkan, empat anaknya masih akan tinggal bersamanya dan si suami akan memberinya 1,000 yuan (RM639) setiap bulan.

Sumber: SCMP

SKIP THIS AD ×