berita

Dah Ada Pembeli, Shuk Sahar Nekad Jual Rumah – ‘Saya Nak Selesaikan Hutang Kad Kredit & Cukai LHDN’

February 15th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, pelawak Shuk Sahar mendedahkan dia ingin menjual rumahnya yang terletak di Denai Alam, Shah Alam dengan harga 1.2 juta.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Perlukan Duit Untuk Teruskan Kehidupan’ – Shuk Sahar Nak Jual Rumah Harga 1.2 Juta, Netizen Nasihat Contohi Aliff Aziz

Pembeli dah bayar deposit

Memetik laporan Harian Metro, Shuk, 35, memberitahu dia sudah ada pembeli yang berminat dengan rumahnya.

Akui sayang dengan rumah mewah itu, pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar bagaimanapun risau tidak mampu untuk menanggung komitmen di masa hadapan.

Kalau boleh saya malas nak komen panjang. Macam saya cakap pada sesi siaran langsung di TikTok, saya perlukan wang dan ingin buat sesuatu yang baharu.

Saya memang sayang nak jual rumah itu, tapi saya takut tak mampu nak tanggung komitmen. Jadi, keputusan nak jual adalah jalan terbaik.

Alhamdulillah, rumah saya sudah ada pembeli dan bayar wang pendahuluan. Dia menghubungi ejen yang dilantik bagi urusan jual beli ini.

Bayar hutang kad kredit

Dalam pada itu, ayah kepada dua orang anak ini nekad untuk melepaskan rumah itu kerana ingin menyelesaikan hutang kad kredit dan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ya, saya memang nekad. Kalau saya tak bayar nanti, rumah kena lelong pula. Susah pula kan. Jadi lebih baik jual dulu. Duit yang dapat itu nanti saya nak selesaikan hutang seperti kad kredit dan cukai LHDN.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×