berita

Dah Sedia Nak Lakukan Ibadah Korban? Nah 4 Tips Untuk Jadikan Ibadah Tersebut Lebih Sempurna

June 18th, 2022 | by Sya Alkaf
Shout Out!

Rasa macam baru je semalam kita sambut kemeriahan Aidilfitri bersama, pejam celik-pejam celik sekarang dah nak tiba Aidiladha pula! Haa.. Ada ke yang dah rancang nak buat ibadah korban tahun ni?

Bagus sangatlah kalau ada yang dah menyimpan niat untuk lakukan ibadah korban tu sebab ia adalah salah satu amalan sunat yang sangat dituntut dalam Islam sebagai tanda bersyukur kepada Tuhan.

Nak tunaikan ibadah korban korang bukan sekadar perlu keluar duit dan serahkan bulat-bulat kepada pihak tertentu untuk uruskan korban korang tapi setidaknya kena juga ambil tahu beberapa perkara agar amalan ini jadi lebih sempurna dan bermakna.

4 tips untuk korang yang nak kerjakan ibadah korban

1) Laksanakan ibadah korban dengan ilmu

Walau apa pun yang kita lakukan, ianya haruslah dilaksanakan dengan ilmu pengetahuan yang utuh. Begitu juga untuk perlaksanaan ibadah korban yang menjadi tanda ketaatan kita sebagai hamba kepada Allah SWT.

2) Lakukan ibadah korban mengikut masa tertentu

Pelaksanaan ibadah korban tidak akan sempurna sekiranya tidak dilakukan pada hari tasyrik yang jatuh pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Tarikh lain sebelum atau selepas dikira tidak sah untuk lakukan sembelihan korban tau, korang jangan pandai-pandai pula nak cepat atau lambatkan.

3) Memasang niat ibadah korban yang betul

Paling penting niat korang kena betul! Niat utama mestilah untuk melaksanakan ibadah korban kerana Allah SWT semata-mata. Kalau dah niat pun salah, jadi tidak sempurnalah ibadah korang dan kemanisan ibadah tersebut pun tak dapat dirasai.

4) Pemilihan haiwan sembelihan yang baik dan berkualiti

Kalau korang tak pasti macam mana nak pilih haiwan sembelihan berkualiti sendiri, serahkan je pada Aman Palestin sebab pihak mereka akan memastikan bahawa setiap haiwan korban yang dipilih adalah daripada baka yang elok, umur yang cukup dan dijaga dengan baik demi memastikan korang berpuas hati dengan ibadah yang dilaksanakan serta penerima manfaat dapat  menikmati daging yang berkualiti.

Bukan tu je, dengan khidmat Aman Palestin korang korang juga boleh memilih untuk melakukan sembelihan dan serahkan sumbangan daging kepada saudara muslim kita yang kurang bernasib baik di kawasan bergolak seperti Palestin, Syria, Lubnan atau Yaman.

Ibadah korban di bumi Anbia

Dalam tempoh 16 tahun yang lalu Aman Palestin sangat aktif melaksanakan ibadah korban di Palestin, Syria, Yaman dan kem-kem pelarian di Lubnan bagi meringankan beban serta memberikan sinar kegembiraan sempena sambutan Aidiladha buat rakyat di bumi Syam.

Istimewa untuk tahu ini Aman Palestin menyasarkan lebih banyak penyertaan korban dari rakyat Malaysia berbanding tahun terdahulu. Haa.. Korang ada yang berminat ke? Jika ada korang hanya perlu daftarkan diri di SINI. Mudah sangat sebab semua transaksi boleh dijalankan secara atas talian sahaja, jimat masa dan tenaga!

Harga untuk ibadah korban di bumi Anbia adalah seperti berikut:

PALESTIN 

1 bahagian lembu – RM2300 

1 ekor kambing – RM2300 

SYRIA  

1 bahagian lembu – RM1900 

1 ekor kambing – RM1900 

YAMAN 

1 ekor kambing – RM700 

SEJUK BEKU 

1 bahagian lembu – RM750

Selain itu, korang juga boleh menderma ke tabung sumbangan Aman Palestin di https://jommenyumbang.com/ms/home. Melalui pautan ni korang sendiri boleh memilih untuk menyumbang pada kempen pilihan korang seperti Bread For Love, Jom Taja, Sumbangan Bulanan, Saham Pelaburan Akhirat dan Bantuan Musim Sejuk.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai inisiatif dan ibadah korban Aman Palestin korang boleh terus ke laman Facebook, Twitter, dan Instagram rasmi mereka.

Semoga ibadah korban dan juga sumbangan kita pada kali ni diterima dan mampu menceriakan warga di bumi Anbia :)

SKIP THIS AD ×