berita

‘Demi Menjaga Akidah Umat Islam Di Malaysia Saya Akan Lawan’ – Zabidi

March 4th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penulis, Zabidi Mohamed bertegas untuk berdepan saman selepas menerima notis tuntutan daripada penerbit, pengarah dan penulis skrip filem ‘Mentega Terbang’.

Artikel berkaitan: Pengarah Mentega Terbang Nafi Persenda Islam, Mahu Zabidi Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

Artikel berkaitan: Jakim Sah Filem Mentega Terbang Bertentangan Akidah, Firdaus Karim Serah Kepada Pengarah & Penerbit Untuk Beri Komen

Saya akan lawan

Demi menjaga akidah umat Islam di Malaysia, saya akan lawan.

Zabidi dituntut untuk memadam kenyataan di Facebook yang mengaitkan filem itu sebagai mempermainkan dan mempersenda agama Islam serta membuat permohonan maaf secara terbuka. Berikutan daripada itu, Zabidi dilihat mengajak mana-mana peguam yang sanggup membantunya dalam menjaga kesucian agama Islam.

Jika ada peguam-peguam Muslim yang ingin bersama-sama saya dalam menjaga kesucian agama Islam boleh mesej peribadi saya. Kebenaran hanya dengan Islam.

Terdahulu, peguam yang mewakili pasukan Mentega Terbang sudah menghantar notis tuntutan kepada Zabidi bertarikh 3 Mac. Mereka meminta Zabidi untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataan fitnah yang dibuat terhadap pasukan filem terbabit.

Sumber: Zabidi Mohamed

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×