berita

Didakwa Minta Jumlah Tuntutan Cerai Tak Masuk Akal? Puteri Sarah -‘Datuk & Datin Kata Itu Sikit Je’

April 19th, 2023 | by Shahrin
Isu & Kontroversi

Pelakon, Puteri Sarah, merasakan tuntutan yang dikemukan terhadap suaminya, Syamsul Yusof bagi proses perceraian mereka adalah tidak keterlaluan seperti yang didakwa pengarah itu sebelum ini.

Artikel berkaitan: Puteri Sarah ‘Petik’ Video Lucah Syamsul & Ira Kazar, Minta Jual Kereta Lamborghini Bayar Nafkah

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Syamsul Minta Diskaun Sangat Banyak’ – Puteri Sarah Dedah Jumlah Mutaah & Nafkah Anak Tidak Cecah Jutaan Ringgit

Artikel berkaitan: ‘Putih Ibarat Merpati Terbang Tinggi’ – Puteri Sarah

Syamsul mampu

Menurut Puteri Sarah atau nama lengkapnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38,  dia juga sudah berbincang terlebih dahulu dengan kedua-dua ibu bapanya termasuk keluarga mentua iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail berkenaan tuntutan yang dimaklumkan tidak lebih dari RM1 juta.

Soal tuntutan, saya sudah berbincang dengan Datuk (Yusof Haslam) dan Datin (Patimah Ismail) dan mereka juga mengatakan jumlah tuntutan itu sedikit. Okay sahaja, tiada masalah. Sebab tahu dia mampu.

Saya kalau apa-apa saya akan berbincang dengan ibu dan bapa mentua saya serta ibu dan bapa saya. Mereka semua bersetuju, mereka pun kata ia hanya sedikit.

Tapi saya tak mahu minta lebih-lebih, saya minta apa yang saya rasakan munasabah. Tidaklah lebih-lebih. Dan saya tak minta bayar sekali gus, sebaliknya secara ansuran.

Puteri Sarah berkata demikian usai dia menjalani perbincangan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan, pada Selasa.

Justeru, Puteri Sarah menegaskan dia tetap akan meneruskan perjuangannya untuk menuntut hak dua anak-anaknya, Syaikul Islam dan Summayah.

Dia juga pernah mengatakan kalau ada rezeki, dia nak bagi rumah, sebab rumah itu mestilah dia kena bagi untuk saya dan anak-anak tapi itu pun tiba-tiba dia tak mahu bagi.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, kalau nak pergi kepada yang kedua (isteri kedua), pergilah, tapi nafkah anak-anak janganlah kurangkan.

Terdahulu, Puteri Sarah menyuarakan dia tidak berpuas hati terhadap permintaan Syamsul untuk mengurangkan nafkah anak-anak dan mutaah. Difahamkan, pengurangan yang diminta pengarah itu sebanyak 30 peratus bagi nafkah anak-anak dan 80 peratus untuk mutaah.

Sementara itu, Sarah berkata dia tidak akan bersetuju terhadap permintaan suaminya, Syamsul Yusof untuk menarik balik seluruh kes di Mahkamah Sivil Kuala Lumpur berhubung prosiding menghina mahkamah terhadap Ira Kazar, bapanya serta kakaknya.

Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding yang dijadualkan berlaku pada 18 April akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas pada 25 Mei depan.

Dalam prosiding terdahulu, mahkamah sama menetapkan 18 April untuk Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah secara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Mahkmah menetapkan prosiding lafaz cerai dibuat selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian.

Pada 24 Mac lalu, selepas proses JKP berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini mengatakan proses itu gagal menemui jalan penyelesaian.

Aktres itu berkata, tiada perkara yang perlu dirunding atau dibincangkan lagi memandangkan hatinya sudah tertutup untuk berdamai selepas nekad mahu bercerai.

Sebelum itu, pada 7 Mac lalu, pasangan tersebut diperintahkan oleh mahkamah sama, supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.

Hakim Syarie itu memerintahkan demikian selepas keengganan Syamsul untuk menceraikan isteri pertamanya itu.

Dalam proses perceraian, JKP terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan pasangan terbabit bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian dalam kemelut rumah tangga.

Antara alasan dikemukakan Puteri Sarah selaku plaintif untuk bercerai ialah sudah tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.

Syamsul pula selaku defendan sebelum ini memaklumkan enggan menceraikan isteri pertamanya kerana yakin rumah tangga mereka boleh diselamatkan, selain masih menyimpan perasaan sayang terhadap Puteri Sarah.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.

SKIP THIS AD ×