berita

Dihentam Perform Macam ‘Tiger Show’ & Telanjang Atas Pentas, Stacy Kesal Dilabel Wanita Akhir Zaman

September 23rd, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 berlangsung meriah malam semalam dan menobatkan pelakon jelita Mira Filzah sebagai Bintang Paling Popular untuk edisi tahun ini. Turut menyerikan majlis gilang-gemilang semalam sudah tentunya persembahan selingan membariskan artis terkenal tanah air.

Paling mendapat perhatian adalah persembahan Stacy dan De Fam mempersembahkan medley Panas, Khayal, Medley Mi Gente & Baby Boy. Pakaian Stacy dilabel agak seksi kerana mengenakan jumpsut lace dengan inner warna kulit.

Terima kecaman netizen

Penampilan Stacy itu menerima kritikan hebat netizen yang berpendapat pakaiannya itu kelihatan seperti gadis persembahan ‘tiger show’, memalukan serta dalam masa sama ‘menyeramkan’.

Janganlah melampau sangat

Menurut Stacy menerusi Instagramnya, apa yang berlaku pada malam semalam adalah sesuatu yang tidak dijangka tambahan pula kain seluarnya berwarna seakan warna kulit.

Semua orang pasti ada hari-hari yang tidak dijangka dan tidak diinginkan berlaku kan? Tadi benda tu jadi pada saya. Kain seluarnya tebal dan longgar dan warnanya pula kuning tapi tak sangka pula bila perform atas stage dengan lighting, pergerakan dan macam-macam benda jadi lain.

Nak komen tu janganlah ada yang melampau sangat. Saya ada suami dan keluarga juga tapi tu lah nasib menjadi manusia bekerja dalam line begini memang risiko kan.

Tambahnya lagi, netizen yang meninggalkan komen menghentam seolah tidak pernah berbuat salah. Dia turut menekankan hanya berniat kembali mencari rezeki dan membuat apa sekadar termampu.

Confident ja menghibur orang dengan sehabis tenaga tapi lain pula jadinya. Tak boleh buat salah atau  sengaja. Silap ja habis dilabel wanita akhir zaman. Astaghfirullahalazim.

Ya lah orang yang komen hebat sebegitu memang tak pernah buat salah kali mungkin tapi kasihanilah manusia yang dapat hari tak best ni. Niat nak semangat untuk kembali bekerja mencari rezeki sahaja dan semua saya buat dalam kadar yang termampu dan ikhlas tapi bila jadi begini dengan sadisnya mulut-mulut manusia penghukum ni saya rasa sakit sangat pada suami dan keluarga.

Jangan babitkan suami

Penyanyi lincah ini juga mengingatkan netizen supaya tidak mengaitkan suaminya Akim Ahmad dengan apa yang berlaku. Apa kesilapan yang telah terjadi merupakan keterlanjuran di pihaknya.

Jangan babit saya punya Darling ok guys. Dia pun busy bekerja dan focus dalam kerja dia. Semua foul dan hal yang tak kena pun semua dari saya saja tau. Kadang rasa dah nak stop dalam line ni tapi belum ada rezeki masa yang sesuai dan kemampuan dalam hal sebegini.

Saya nasihatkan jangan tengok lah benda yang menyakitkan mata ni sebab memang tak elok guyss. Biarlah niat awal masing-masing tu kami tau kemana dan hanya di atas yang tau dan menentukannya.

Saya minta maaf kalau buat anda semua tergerak untuk memfitnah dan fikir macam-macam. Yang terus nak bawang ngumpat saya harap gigi anda makin jongang okay.

Sumber: Stacy, TV9 Malaysia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×