berita

Disuruh Hentak Kepala Di Dinding Sebanyak 100 Kali, Pelajar Buat Laporan Polis Sebab Tak Puas Hati Cara Guru Beri Hukuman

February 22nd, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Foto: The Reporter

Video dua pelajar sekolah menengah di Kabupaten Kupang, Nusa Tenggara Timur, Indonesia viral di media sosial. Pelajar yang dikenali sebagai Imanuel Frama dan Yufardi Sayuna itu dihukum oleh guru Pendidikan Jasmani mereka dengan hukuman menghentak kepala pada dinding kelas sebanyak 100 kali.

Tidak memulangkan buku yang dipinjam

Menurut sepupu Imanuel, Dolu Yason Lau, kedua-dua mangsa dihukum kerana tidak memulangkan semula buku dipinjam seperti yang diarahkan oleh guru berkenaan sebelum ini. Imanuel disuruh menghentak kepalanya di meja sebanyak lima kali, sebagai pengajaran kepada pelajar lain. Selepas itu, dia sekali lagi dikenakan hukuman yang sama tetapi kali ini disuruh datang ke bahagian hadapan kelas dan menghentak kepala ke dinding sebanyak 100 kali. Pada kiraan yang ke 89 kali, Imanuel diarahkan mengulangi semula hukuman itu dari satu.

Pada kiraan yang ke 89, mangsa disuruh mengulangi hukuman itu kerana guru itu bertanya kepada para pelajar sama ada mereka mendengar bunyi hentakan kepala di dinding atau tidak. Disebabkan mereka menjawab ‘tidak’, maka mangsa diarahkan mengulangi hukuman itu dari awal sampai 100 kali.

Setelah selesai melakukan hukuman, Imanuel disuruh membersihkan tandas sekolah. Imanuel dan Yufardi turut di suruh melutut dan mencubit telinga masing-masing dengan kuat sehingga menyebabkan telinga kiri Imanuel mengalami luka. Hukuman tersebut disaksikan oleh 34 pelajar dan salah seorang pelajar berjaya merakam video tanpa pengetahuan gurunya. Video tersebut dimuat naik di media sosial sehingga viral. Menerusi video tersebut juga, kemarahan dalam golongan ibu bapa mula tercetus.

Buat laporan polis

Setelah menerima hukuman dari guru berkenaan, Imanuel mengaku dahinya mengalami luka dan berasa pening ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Kami telah melaporkan kejadian itu di Balai Polis Kupang. Kami masih menunggu tindakan selanjutnya dan berharap guru terbabit akan dikenakan tindakan di atas perbuatannya.

Enggan memperbesarkan hal tersebut, guru berkenaan bersama pengetua sekolah telah datang ke rumah mangsa untuk membuat permohonan maaf.

Kami sudah mengadakan pertemuan dengan keluarga pelajar dan memohon maaf di atas apa yang terjadi. Namun keluarga mangsa tetap berkeras dan mahu kejadian itu diselesaikan mengikut undang-undang.

Bagaimanapun, keluarga mangsa enggan bertemu dengan guru tersebut dan menolak permohonan maaf yang ingin dilakukan itu. Keluarga Imanuel nekad meneruskan laporan polis kerana tidakan guru tersebut sangat melampau.

Nafi suruh hentak kepala 100 kali

Menurut guru Pendidikan Jasmani, hukuman yang diberi itu adalah sebagai pengajaran kepada Imanuel dan Yufardi. Tambahnya, hasil perbincangan antara pihak sekolah dengan ibu bapa pelajar, pelajar dipinjamkan buku untuk digunakan ketika sesi pembelajaran online di sekolah.

Jika buku itu rosak dan hilang, maka pelajar dan ibu bapa wajib menggantikannya. Tetapi, Imanuel dan Yufardi bukan sahaja tidak mengumpul buku yang dipinjam, malah menghilangkannya. Sedangkan buku itu merupakan aset sekolah dan akan digunakan oleh pelajar lain. Maka saya selaku wakil pihak sekolah menawarkan dua hukuman iaitu menghentak kepala ke dinding atau meja. Dan hukuman ini tidak dinyatakan dalam perbincangan pihak sekolah dengan ibu bapa pelajar.

Guru tersebut turut menafikan dua pelajar terbabit dihukum menghentak kepala di dinding sebanyak 100 kali. Sebaliknya hanya 10 kali dan hukuman itu telah dipersetujui oleh dia dan pelajar terbabit.

Hukuman tidak diulang (dua kali) dan sangat tidak berperikemanusiaan kalau hukuman itu dilakukan sehingga 100 kali. Saya juga ada anak dan paling tidak puluhan kali sahaja.

Sumber: The Reporter & Net News

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×