Di Instagram, Dr Say Shazril berkongsi detik cemas apabila diganggu wanita berbangsa Filipina ketika berada di negara tersebut.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Dr Say Hadiahkan Kereta Mewah, Jaguar I-Pace Ketiga Di Malaysia Buat Isteri
Artikel berkaitan: ‘Tiada Niat Ganggu Rumah Tangga Kamu Berdua’ – Isteri Dr Say Terima Kad Daripada Wanita ‘Misteri’
Artikel berkaitan: Terima Bungkusan Istimewa Berserta Gambar, Dr Say Terkejut Wanita ‘Misteri’ Mengaku Sebagai Isteri
Artikel berkaitan: ‘2023 & I Am Broken’ – Dr Say
Artikel berkaitan: Mohon Kata-Kata Semangat, Isteri Dr Say Keguguran Kali Kedua – ‘Baby Girl Sorang Lepas Tu Tutup’
Artikel berkaitan: ‘Kalau Boleh Tangguh Dulu Hasrat Untuk Mengandung’ – Pakar Sakit Puan
Artikel berkaitan: ‘Bunyi Remeh Tapi Selagi Tak Buang Angin Tak Boleh Cabut Drip Line’ – Dr Say Syukur Isteri Dibenarkan Pulang
Saya dikejar
Menurut Dr Say, wanita tersebut mengejarnya ketika sedang berjalan sendirian di pasar raya. Berikutan daripada itu, dia terpaksa lari dan masuk ke dalam kawasan yang cerah.
Kisahnya saya diganggu seorang wanita di sini. Video ni pun saya buat lepas saya diganggu olehnya yang saya lari masuk Starbucks dengan harapan nak hilangkan dia.
Sekali bila saya keluar Starbucks, tu berlari dia kejar saya. Lepas itu saya lari masuk kawasan cerah ‘keberaniannya’ dahsyat.
Ujar Dr Say lagi, wanita tersebut berani mengajaknya untuk bermalam bersama.
Terus tanya saya duduk hotel mana, duduk seorang ke, jomlah bermalam bersama. Sebelum itu siap sandar kepala dekat bahu. Lepas dah masuk kawasan cerah ni Alhamdulillah dia dah tak ada.
Tambah Dr Say, selepas insiden berkenaan dia berasa pening seperti mabuk laut.
Sekian cerita saya. Cuak sebab saya tak tahu menipu. Jadi bila dia tanya nombor telefon tadi, sebenarnya saya bagi nombor betul saya. Hotel pula mujur saya tak ingat nama. Kalau tak pishang.
Terbaru, Dr Say berkata dia sudah pulang ke Malaysia dan wanita tersebut tidak menelefonnya.
Sumber: Dr Say