berita

Duduk Rumah Tak Tau Nak Buat Apa? Inilah Masa Terbaik Untuk Tonton Filem Aksi Di Astro!

March 13th, 2020 | by Mastura
Filem Antarabangsa

Korang penggemar filem aksi? Suka menonton adegan-adegan yang membuatkan adrenalin mengalir laju dan korang tak senang duduk? Feel happy guys, sebab kami nak share macam mana korang boleh tonton filem-filem aksi ni hanya dengan melanggan Astro.

Memandangkan sekarang ni pon kita digalakkan untuk sentiasa berada di rumah, inilah masa untuk korang menonton filem aksi terbaik tahun 2019 hanya di kaca televisyen. Tak perlu keluar rumah, ready popcorn dan layan Astro je!

1. Charlie’s Angels

Perempuan kalau beraksi boleh bergegar dunia. Filem Charlie’s Angles merupakan filem remake tahun 2000 dengan tajuk yang sama. Diarahkan oleh Elizabeth Banks, filem ini menampilkan bintang popular seperti Kristen Stewart, Naomi Scott, dan Ella Balinska.

Korang pasti tak kering gusi melihat telatah 3 orang agen cantik beraksi dalam menyelesaikan misi yang diterima.

2. Jumanji: The Next Level

Filem Jumanji: The Next Level ni merupakan sekuel daripada Jumanji: Welcome To The Jungle yang ditayangkan pada tahun 2017. Masih mengekalkan barisan pelakon yang sama, kali ini mereka sekali lagi terperangkap dalam dunia Jumanji dan terpaksa berhadapan dengan musuh lama dan juga baru.

Mengekalkan konsep komedi daripada filem terdahulu, korang pasti tak senang duduk tengok gelagat Dwayne Johnson, Jack Black, Kevin Hart, Karen Gillan, Nick Jonas, Alex Wolff, Morgan Turner, Ser’Darius Blain dan Madison Iseman menyelamatkan dunia Jumanji dengan cara mereka sendiri.

3. Knives Out

Filem Knives Out merupakan sebuah komedi thriller yang mengisahkan sebuah keluarga yang penuh dengan kepura-puraan. Masalah timbul apabila satu kes kematian terjadi dan penyiasatan bermula. Di sinilah bermulanya pelbagai adegan yang membuatkan korang mind blown sebab banyak sangat kejutan yang tak disangka.

Knives Out dibarisi para pelakon yang hebat, seperti Daniel Craig, Chris Evans, Lakeith Stanfield, Michael Shannon, Ana de Armas, Jamie Lee Curtis, dan Don Johnson.

4. Terminator Dark Fate

Terminator bukan filem yang asing bagi pengemar filem aksi, Terminator Dark Fate mengisahkan tentang zaman 27 tahun selepas kejadian Judgement Day. Seorang pemberontak daripada masa depan Grace (Mackenzie Davis), dihantar ke zaman sekarang untuk melindungi seorang remaja perempuan Dani (Natalia Reyes) daripada buruan Terminator Rev-9 (Gabriel Luna).

Dark Fate turut menampilkan dua orang pelakon asal Terminator iaitu Linda Hamilton sebagai Sarah Connor dan Arnold Schwarzenegger sebagai Terminator T-800, juga dikenali sebagai Carl.

Filem yang sarat dengan babak aksi ini menyaksikan comeback daripada James Cameron yang pernah mengarahkan 2 francais awal Terminator dengan dibantu oleh Timm Miller bekas pengarah Dead Pool.

5. Gemini Man

Filem yang diperam selama 22 tahun disebabkan hak penyiaran ini akhirkan berjaya menemui peminat pada tahun lalu. Mengisahkan tentang Henry Brogan yang diburu oleh individu yang mempunyai raut wajah yang sama dan dapat membaca setiap pergerakkan yang dia ingin dilakukan.

Kalau korang nak tau siapa dalang disebalik pemburuan Henry Brogan ni, korang kenalah tengok Gemini Man lakonan Will Smith yang diarahkan pengarah terkemuka Ang Lee. Korang juga boleh tengok muka Will Smith muda 20 tahun tau!

Jom rent & layan filem aksi kegemaran korang hanya dengan Astro!

Dah tau filem apa korang nak tengok nanti? Jomlah rent saluran Astro Best (Ch 481), On Demand (sambungan Astro PVR) atau menerusi aplikasi Astro GO sekarang untuk tonton filem aksi pilihan korang. Dengan hanya RM10 hingga RM15, korang boleh menikmati filem terbaru yang fresh daripada pawagam terus ke kaca televisyen.

So, tunggu apa lagi daripada tak tau nak buat apa kat rumah, jom layan cerita aksi terbaik dengan Astro. Nak tahu lebih lanjut tentang pakej menarik yang ditawarkan oleh Astro, korang boleh klik kat SINI.

Semoga korang sekeluarga selamat dan keadaan kembali pulih sepenuhnya!