berita

Famili Duo 3: Penerbit Eksekutif Jelaskan Sebab Mikrofon Shila Amzah Tak Berbunyi – ‘Signal Frekuensi Hilang Tiba-Tiba’

October 16th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Mikrofon Shila Amzah Tak Berbunyi

Pastinya ramai yang kecewa dan sedikit terkejut selepas persembahan duo adik-beradik, Syahir dan Shila Amzah mengalami sedikit gangguan selepas mikrofon mereka tidak mengeluarkan bunyi pada minggu pertama.

Susulan itu, penerbit eksekutif rancangan berkenaan, Muhammad Sufian Che Isa tampil menjelaskan punca sebenar yang berlaku ketika pasangan tersebut sedang melakukan persembahan.

Artikel Berkaitan: Famili Duo 3: Teka Teki Terjawab! Sharif & Syaiful Zero Jadi Peserta Ke-6

Masalah teknikal berlaku

Mikrofon Shila Amzah Tak Berbunyi

Ketika ditemui OhBulan!, Sufian memaklumkan bahawa berlakunya kehilangan signal frekuensi selama kurang lebih 10 saat pada setiap mikrofon yang digunakan oleh semua krew produksi.

Sebetulnya saya belum dapat pengesahan yang kuat dari pihak teknikal kami tetapi berdasarkan maklumat yang saya dapat ialah berlakunya kehilangan signal pada semua mikrofon kami.

Bukan sahaja berlaku pada mikrofon yang digunakan Shila dan Syahir sahaja malah semua mikrofon yang digunakan iaitu mikrofon sokongan, hos, serta mikrofon juri.

Dan signal frekuensi mikrofon tersebut hilang kurang lebih 10 saat macam itu.

Sufian berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media Famili Duo 3 pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Suffian yang juga suami kepada penyanyi Mas Idayu itu berharap agar kesilapan teknikal seperti ini tidak berlaku lagu di konsert-konsert yang akan datang.

Kehilangan signal frekuensi secara tiba-tiba itu merupakan satu perkara di luar kawalan kami jadi untuk persembahan mereka, kami memohon maaf atas kesilapan itu.

Kesilapan ini juga sedikit sebanyak memberikan satu pengalaman yang baharu kepada pihak produksi, teknikal dan peserta itu sendiri untuk belajar berdepan dengan situasi begini pada masa akan datang.

Kalau boleh, saya harap perkara seperti ini tidak berlaku lagi.

Terdahulu, persembahan Shila Amzah dan adiknya, Syahir dilihat sedikit terganggu apabila mikrofon yang digunakan mereka tidak berbunyi selama beberapa saat.

Namun mereka tetap dipuji juri, Mas Idayu selepas begitu profesional berdepan dengan situasi seperti itu secara langsung di atas pentas.

Meskipun berdepan dengan masalah teknikal seperti itu, Shila dan Syahir tetap berjaya mendapat tempat kedua tertinggi dengan kutipan markah sebanyak 49.1 peratus di belakang juara mingguan iaitu pasangan adik beradik, Syaiful dan Sharif Zero yang mengutip markah sebanyak 55.4 peratus.

Dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 3 bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim di www.tonton.com.my.

SKIP THIS AD ×