berita

‘Family Pun Tak Percaya Saya Sakit’ – Gadis Kongsi Pengalaman Hidap Anxiety & Depression

August 24th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyakit gangguan kebimbangan melampau atau lebih dikenali sebagai anxiety attack antara topik hangat yang sering viral di media sosial sejak belakangan ini. Tidak dinafikan, penyakit anxiety attack ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja yang mengalami kelemahan dari segi mental dan fizikal.

Menerusi Facebook Azie Qay, dia berkongsi kisah mengenai dirinya ketika menghidap anxiety. Lebih menyedihkan, dia turut mengalami masalah depression pada masa yang sama.

Tidak boleh jangka bila dia datang

Kali ni saya mahu kongsi kisah saya. Dua benda ni saya sudah pernah alami. Sudah bertahun-tahun saya menghidap. Dan dia pandai tiba-tiba datang. Kita tak boleh jangka masa kedatangan dia. Malam tak dapat tidur. Menangis sendiri-sendiri. Otak aktif berfikir sampai jam 4 atau 5 pagi berjaga. Banyak benda saya fikir, kadang-kadang saya tidak tahu apa yang saya fikir. Saya menangis sendiri. Mau tidur, tapi tak dapat. Kalau dapat tidur pun, mungkin hanya sejam dua jam. Sometimes pandai sesak nafas. Menangis meronta-ronta kelemasan macam kena selam dalam air.

Saya hilang selera makan beberapa hari. Kemudian saya menjadi banyak makan. Kalau boleh makan sampai saya rasa mau meletup perut. Kemudian saya hilang minat untuk teruskan kehidupan. Rasa sangat down. Terasa macam mau mati. Saya Muntah2, padahal air saja keluar. Sakit kepala, gastrik menyerang. Sepanjang hari hanya terbaring sebab terlalu rasa down. Ada masa saya rasa saya mau pitam, dan ada masa kadang2 saya rasa macam orang kelemasan seolah2 udara tidak cukup. Tapi saya cepat2 lawan. Muzik peneman setia.

Saya pernah menangis teresak2 mengadu dengan tunang. Mula2 dia menganggap saya cuma mau minta perhatian, but actually i am not seeking for attention. I need help. Saya nangis macam budak kecil. Cuma dia saja saya mengadu. Saya tidak mahu bincang soal ini dengan keluarga, kerana di depan keluarga dan orang ramai, saya seorang yang ceria. the deep inside, im dying.

Berusaha cari kekuatan sendiri

Bulan lepas, saya berdua dengan daddy di dalam kereta. Kami on the way balik rumah. Ntah macam mana, tiba2 kami bercerita. Masa tu saya bagi hint dengan dia. Daddy, saya masih sakit. Dan daddy saya bilang, “itu semua dari diri kau saja tu, jangan terlampau layan perasaan,”. Masa tu saya betul2 rasa mau menangis. Tapi saya tahan. Then i told him, “saya betul2 sakit. Saya rasa down, rasa macam nda Mau hidup, saya rasa. Semua benda nda kena. Saya rasa betul-betul sakit, bukan main2..” bilang saya dengan suara yang bergetar menahan rasa mau menangis. Masa saya bercakap tu, pandangan saya ke luar jendela kereta. Daddy diam sambil fokus memandu. Selepas tu kami langsung nda bercakap. See, family sendiri pun nda percaya saya sakit. Sebab di luar saya betul2 seorang yang ceria, suka buat lawak.

Im struggling find out my strength utk fight kedua2 benda ini. Saya banyak mengadu dengan tunang. Saya sedih bila tunang saya seolah2 tidak memahami. Saya menjadi begitu sensetif. Dan sudah tentu Dia Menjadi mangsa tempat saya melepas amarah. Aktiviti Penulisan terhenti. Kerana saya merasakan saya tidak boleh komitmen. Saya cuba mencari jalan macam mana mau rawat diri. Saya sedar bahawa saya perlu lawan. Maka dari itu Saya aktifkan diri dengan perlbagai aktiviti luar. Pun begitu, bila balik rumah masuk bilik, dunia saya berubah 360 darjah. Kesedihan mula menyelubungi, im breaking down.. Saya mula menangis. Tapi saya selalu katakan pada diri saya “keep swimming Azie.. Keep swimming”..

Sumber: Azie Qay

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×