berita

Fesyen Anugerah DFKL: Fathia & Yana Paling Menawan, Siti Saleha Pula Mangsa Fesyen

February 24th, 2014 | by Noraniza
Lensa Insta

Malam Anugerah Drama Festival KL-57

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) telah melabuhkan tirainya baru-baru ini dengan meninggalkan pelbagai kenangan manis untuk diingati, terutamanya buat para pemenang.

Artikel Berkaitan: Fathia Tewaskan Zara Zya di Drama Festival Kuala Lumpur

Sudah semestinya selain daripada kemeriahan majlis, busana yang digayakan oleh para artis pada malam itu menarik perhatian peminat.

Agaknya busana siapakah yang paling menonjol pada malam itu dan siapakah pula yang bakal diberi gelaran mangsa fesyen kali ini?

Screen Shot 2014-02-23 at 10.27.21 PMBusana Nur Fathia paling cantik pada malam Anugerah DFKL

Pemenang anugerah Pelakon Wanita Pilihan, Nur Fathia nampak gayanya semakin bijak memilih busana yang molek untuk tubuhnya yang tinggi lampai itu.

Rata-rata peminat juga memuji kejelitaan Nur Fathia yang nampak semakin menawan apabila mengenakan dress putih dengan corak bunga menjalar itu.

Malah, busananya juga dilihat sopan dan tidak begitu mendedahkan. Pada pendapat penulis, ianya adalah sehelai dress yang ringkas tetapi nampak serasi dengan gaya pelakon cantik itu.

Screen Shot 2014-02-23 at 11.38.11 PMBusana elegan dan eksklusif yang digayakan oleh Liyana Samsudin

Elegan dan eksklusif. Slogan yang paling tepat untuk disesuaikan dengan busana hitam dengan kilauan corak berwarna emas yang digayakan oleh Liyana Samsudin ini.

Pereka fesyen terkemuka, Zerry Zamry nyata bijak mengolah penampilan Liyana Samsudin dan sekaligus menyerlahkan keanggunannya.

Screen Shot 2014-02-23 at 11.09.12 PMFoto yang dimuatnaik oleh Anzalna Nasir di akaun Instagramnya

Pujian juga harus diberikan kepada pelakon cantik, Anzalna Nasir yang nampak anggun dengan dress rekaan Hazwani Osman.

Walaupun, dress berwarna krim dengan belahan tinggi itu nampak ringkas, Anzalna masih mampu membawa pesona dalam dirinya dan sekaligus menyerlahkan penampilan dirinya pada malam itu.

Namun, terdapat juga komen bahawa belahan dress itu dianggap agak keterlaluan, tambahan pula Anzalna sendiri telah memuatnaik sekeping foto yang menampakkan belahan dress tersebut menerusi akaun Instagramnya.

Screen Shot 2014-02-23 at 10.26.57 PMPenampilan Zara Zya dengan dress berkilau

Namun, sekali lagi kami agak hampa dengan penampilan yang digayakan oleh Zara Zya. Tidak salah jika mahu menggunakan kilauan dalam busana, namun dress emas-perak yang digayakan oleh pelakon genit ini nampak agak pelik, mungkin disebabkan oleh butang dan kolar dress yang tidak sesuai dengan busana itu.

Sebagai bintang yang mula mencipta nama di industri hiburan, seharusnya Zara Zya perlu lebih peka dengan busana yang ditampilkan di setiap majlis kerana sudah pasti dirinya akan menjadi tumpuan lensa kamera.

Screen Shot 2014-02-23 at 10.26.19 PMSiti Saleha digelar mangsa fesyen

Apa pendapat anda tentang busana yang digayakan Siti Saleha ini? Ada yang memberi komen bahawa baju rekaan Rizman Ruzaini ini membuatkan wajah Siti Saleha nampak lebih berusia. Tambah memilukan, ada yang menggelar Siti Saleha sebagai mangsa fesyen Anugerah DFKL!

Tidak dapat kami nafikan bahawa dress labuh berwarna hitam dengan lace tangan yang jarang ini memberi imej matang kepada pelakon ini, tambahan pula dengan mekap yang sangat natural, Siti Saleha kelihatan agak pucat. Mungkin dengan bantuan penataan mekap yang lebih menyerlah, penampilannya pada malam itu akan lebih menarik.

Penulis merasakan bahawa kebanyakan selebriti cuba bergaya dengan konsep less is more, tetapi malangnya sesetengah daripada mereka dilihat seperti memakai pakaian yang tidak bersesuaian dengan majlis gah seperti Anugerah DFKL ini.

Bagaimana pula dengan anda pembaca setia OHBULAN! semua? Ada nak beri komen apa-apa tentang penampilan selebriti di Anugerah DFKL? Sebelum itu, mari kita liha foto busana penuh selebriti-selebriti ini.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×