berita

[FOTO] ‘Selamat Ulang Tahun Kelahiran Sayang’ – Siti Nurhaliza

February 19th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendoakan yang terbaik buat suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) sempena ulang tahun kelahiran yang ke-65 tahun.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Salam Mak Salmah Sambil Hulur Duit Belanja Raih Pujian, Netizen Terus Rindu Mak Di Kampung

Selamat ulang tahun sayang

Menerusi posting yang dimuat naik di Instagram, Siti mendoakan agar suaminya bertambah keimanan, keberkatan, rezeki yang berkah, sihat tubuh badan dan sentiasa dibawah lindungan Allah SWT.

Di samping itu, Siti atau lebih mesra disapa sebagai Tok Ti turut memuat naik beberapa Instagram Story yang memaparkan mereka sekeluarga melakukan sambutan ulang tahun kelahiran Datuk K di sebuah restoran.

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen dan peminat Tok Ti mengucapkan ‘Happy Birthday’ buat Datuk K. Bukan itu sahaja, mereka turut memberi pujian buat Tok Ti kerana sentiasa romantik dan menghargai semua orang yang menyayangi dirinya.

Sumber: Siti Nurhaliza

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×