berita

GAIA Residences Lengkap Dengan Kawasan Perbandaran Tersendiri & Skyline Luge Ride!

May 27th, 2022 | by Sya Alkaf
Shout Out!

Bila sebut tentang rumah idaman, setiap orang ada rumah impian yang tersendiri mengikut selera masing-masing

Satu perkara yang pasti, korang mesti nak rumah yang dilengkapi fasiliti moden serta terletak di kawasan membangun dengan akses mudah untuk mendapatkan keperluan harian betul tak?

Bonus kalau ada tarikan dan aktiviti menarik di kawasan setempat macam dekat Gaia Residences! Kediaman servis apartmen ini lengkap dengan pelbagai kemudahan tersendiri dengan Xploria, Skyline Luge dan Curve Zipline ! Bestnya!!

Sebahagian daripada perbandaran berprestij Gamuda Gardens, terletak di kawasan strategik & berkonsepkan alam semula jadi

Seperti yang korang tahu, kalau duduk di kawasan Gamuda Gardens korang dijamin tak akan bosan ya, dekat sini memang sarat dengan pelbagai  tarikan dan kemudahan untuk penduduk setempat berekreasi.

Ada Skyline Luge! Hasil kolaborasi bersama Skyline Entreprises dari New Zealand yang bakal dibuka pada 2023

Skyline Entreprises merupakan operator Skyline terkemuka di dunia dan Skyline Luge ini adalah yang pertama di Malaysia tau!

Cool kan? Korang tak perlu dah nak berbelanja besar atau berjalan jauh untuk merasai pengalaman seumpana ini dekat tempat lain sebab dekat kawasan perbandaran rumah sendiri dah tersedia aktiviti hebat yang pasti bakal buat korang teruja!

Ada bermacam-macam aktivti untuk korang cuba di Gamuda Gardens!

Gaia Residences juga terletak bersebelahan dengan central park berkeluasan 50 ekar yang mesra haiwan! Lengkap dengan Waterfront Village dan juga tasik, kawasan ini dikelilingi tumbuhan-tumbuhan semula jadi khusus untuk penduduk setempat tenangkan fikiran, santai bersama keluarga atau mengambil angin petang sambil bawa haiwan peliharaan korang bersiar-siar.

Xploria perbandaran dengan pelbagai tarikan! Korang boleh jalan kaki je ke sini!

Di kelilingi taman seluas 50 ekar, Xploria Gamuda Gardens menjanjikan keseronokan tanpa had! Ada bermacam-macam kemudahan dan aktiviti menanti korang seperti taman tema air di Big Bucket Splash, aktiviti menunggang kuda, berbasikal air, bot donut dan bermacam-macam lagi!

Berhampiran Beaconhouse International School & Gardens Square

Pada Februari lalu Beaconhouse Pre-school School @ Gamuda Gardens telah mula dibuka dan sedia menerima pendaftaran. Sekolah dengan silibus pembelajaran antarabangsa ini menawarkan pendidikan holistik berasaskan permainan khusus untuk meransang tahap perkembangan awal kanak-kanak.

Sementara Gardens Square pula adalah pusat komersial berkonsepkan open-air yang serba lengkap dengan barang keperluan harian termasuk makanan segar dari pasaraya, barangan runcit dari kedai serbaneka dan lain-lain lagi.

Tak ada mood nak memasak? Di sini juga tersedia pelbagai kedai makan yang menawarkan bermacam jenis masakan untuk korang! Nak makan situ, tapau atau beli secara pandu lalu pun boleh, tak ada hal! Paling penting semua kawasan ini terletak dalam jarak walking distance, jalan kaki je sampai!

Kediaman servis apartmen dengan kemudahan moden dan komprehensif

GAIA Residences merupakan kediaman berkonsep servis apartmen yang serba lengkap dengan fasiliti moden untuk orang muda dan golongan trendy zaman sekarang. Min tengok kemudahan yang disediakan memang serba menyeluruh, ada kolam renang, gimnasium, taman permainan, pit BBQ dan banyak lagi kemudahan lain buat penduduk GAIA Residences .

Bonus point sebab ianya bakal siap sepenuhnya tak lama lagi dan mengalu-alukan kedatangan pemilik kediaman untuk berpindah masuk. Sesuai sangat untuk korang yang nak berpindah ke rumah baru dalam masa terdekat ini, tak payah dah nak pening kepala fikir hal menyewa.

Terletak di kawasan strategik utara Kuala Lumpur, 5 minit je ke Guthrie, LATAR dan lebuhraya Utara-Selatan

Pada min golongan bekerja memang tak perlu khuatir lansung untuk beli rumah di sini sebab sangat mudah buat korang bergerak kemana-mana sahaja. Lebih seronok lagi, bila dah penat seharian bekerja dan stress dengan hiruk-pikuk bandar, korang boleh kembali ke rumah dan tenangkan fikiran dengan kawasan persekitaran yang nyaman dan damai.

Selesa dengan gaya hidup secara eco-friendly? Di sini juga korang bebas untuk berbasikal atau bergerak kemana sahaja menggunakan scooter tanpa sebarang gangguan. Seronok!

Harga jualan bermula RM299K* Gaia Residences lengkap dengan pemandangan indah ke seluruh 810 ekar kawasan perbandaran Gamuda Gardens

Miliki kediaman sendiri di GAIA Residences dengan harga sekitar RM299K* sahaja! Memang berbaloi sangat dengan segala kemudahan yang bakal korang nikmati di sini nanti.

Kediaman di GAIA Residences tersedia dengan beberapa pilihan unit seperti 2 bilik tidur dan 1 bilik air atau 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Keluasan unit adalah daripada 640 kaki persegi sehingga 900 kaki persegi.
Unit Dwi kunci disediakan (2 bilik tidur dan 1 bilik air dengan unit studio).

Pilihan ideal untuk keluarga, pekerja profesional atau untuk dijadikan pelaburan

Kalau korang sedang mempertimbangkan untuk membeli kediaman sama ada untuk kegunaan peribadi atau penambahan aset memang Gaia Residences lah jawapannya! Serba hebat dengan segala kemudahan untuk gaya hidup masa kini.

Untuk maklumat lanjut ataupun tempahan lawatan di Gamuda Gardens Gaia Residences korang boleh hubungi ejen hartanah mereka di SINI atau layari laman web rasmi Gamuda Land di SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

SKIP THIS AD ×