berita

GM Klang Anjur Malaysia, Rumah Kita! 2022, Tebus T-Shirt Eksklusif & Menang Hadiah!

August 21st, 2022 | by Nurul
Kini Trending

Sedar tak sedar, lagi beberapa hari kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 65 tahun. Tak sabar rasanya nak buat persediaan seperti gantung bendera dan melihat perarakan Merdeka seperti yang dilakukan saban tahun.

Sempena dengan Hari Kemerdekaan ini juga, GM Klang sebagai pusat membeli belah borong terbesar di Malaysia mengadakan kempen Malaysia, Rumah Kita! 2022 dengan pelbagai aktiviti dan hadiah menarik untuk dimenangi.

Mesti korang dah tak sabar kan? Jom kami kongsikan!

Malaysia, Rumah Kita! 2022 gabungkan 3 hari perayaan di negara kita

Kalau korang nak tahu, kempen ini bermula pada 31 Ogos 2022 sehingga 17 September 2022 dan diilhamkan daripada gabungan 3 perayaan di Malaysia iaitu Merdeka, Pertengahan Musim Luruh dan Hari Malaysia yang disambut setiap tahun.

Yelah, dah nama pun rakyat Malaysia ni unik dan berbilang kaum, mestilah perayaan pun kita sambut bersama kan!

Sertai Pencarian Harta Karun & menangi insentif membeli belah di GM Klang!

Untuk korang yang suka shopping dan dalam masa yang sama gemarkan cabaran, apa kata korang ajak kawan-kawan dan ahli keluarga join Pencarian Harta Karun anjuran GM Klang ni. Hadiahnya pun lumayan!

Ini antara hadiah-hadiah yang korang bakal bawa pulang:

  • JOHAN – RM700 insentif membeli belah
  • NAIB JOHAN – RM500 insentif membeli belah
  • TEMPAT KE – 3 – RM300 insentif membeli belah
  • SAGUHATI – RM100 x 7

Pencarian Harta Karun ini akan berlangsung pada 31 Ogos 2022. Untuk mendaftar, korang boleh klik di sini.

Bukan itu saja, sekiranya korang berbelanja sehingga RM200 dan ke atas di GM Klang sepanjang kempen ini berlangsung, korang berpeluang untuk menebus T-shirt eksklusif Malaysia Rumah Kita! 2022 pada 16 dan 17 September 2022.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini dan pendaftaran, korang boleh layari laman web GM Klang.

SKIP THIS AD ×