berita

Gong Xi Fa Cai! Ini 13 Iklan Tahun Baru Cina 2020 Paling Best Korang Wajib Tengok!

January 22nd, 2020 | by Shahira
Video Popular

Memang tidak dapat dinafikan, setiap kali bila tibanya musim perayaan syarikat-syarikat tempatan pasti akan tampil dengan idea-idea kreatif untuk menghasilkan filem pendek atau iklan-iklan yang membawa nilai sentimental dan makna yang tersembunyi dalam setiap jalan cerita yang disampaikan. Macam-macam versi iklan kita boleh tengok dan semuanya kreatif belaka.

Kali ini kami nak kongsikan 13 iklan Tahun Baru Cina 2020 paling best yang mesti korang tonton! Mana satu menjadi kegemaran korang?

Watsons – Happy Beautiful Year

Iklan bertajuk ‘Happy Beautiful Year’ yang dikeluarkan oleh Watsons sangat luar biasa dan sungguh menarik dengan menampilkan jurang perbezaan antara generasi lama dengan generasi baru dalam satu keluarga. Mengetengahkan konsep tradisi kaum Cina dari segi pakaian, budaya dan muzik irama klasik. Tetapi apa yang lebih menariknya apabila mereka turut mempersembahkan irama muzik versi terkini yang ada elemen Hip Hop.

EcoWorld – Togetherness Is Happiness

EcoWorld pada tahun ini mempersembahkan iklan atau filem pendek bertajuk ‘Togetherness Is Happiness’ yang menceritakan tentang momen-momen indah yang pernah kita lalui bersama keluarga tercinta dan itu merupakan satu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Tempat-tempat yang pernah kita bina memori indah dengan gelak tawa bersama keluarga kadang kala membuatkan kita rindu semula.

Sunway Group – In The Air

Sangat kreatif! Iklan sempena sambutan Tahun Baru Cina 2020 yang ditampilkan oleh Sunway Group bertajuk ‘In The Air’ menggunakan tema pemberitahuan seakan-akan berada di dalam pesawat. Seorang ‘pramugari’ sedang memberi beberapa pengumuman dan ‘tips keselamatan’ semasa menyambut perayaan di kampung halaman. Bukan itu sahaja, Sunway Group turut mengetengahkan unsur nilai murni dalam menjaga adab ketika berhadapan dengan saudara-mara ketika beraya.

Gamuda Land – Giving Hope, Receiving Joy

Filem pendek ‘Giving Hope, Receiving Joy’ ini diinspirasikan daripada kisah benar yang menceritakan tentang pengorbanan seorang guru membantu anak muridnya yang kurang bernasib baik kerana sentiasa dibuli oleh murid lain disebabkan kekurangan fizikal yang ada pada dirinya. Dalam kisah ini juga mengajar kita tentang erti persahabatan yang terjalin tanpa mengira bangsa, agama mahupun warna kulit.

Digi – Home

Home mengisahkan sebuah keluarga yang hidup dalam keadaan yang serba kekurangan. Seorang anak perempuan dalam keluarga tersebut dilihat sering tidak berpuas hati kerana bapanya tidak mahu menukar kereta baru dan hanya menggunakan van buruk untuk kegunaan mereka sekeluarga. Sehingga lah pada suatu hari, dia akhirnya faham mengapa bapanya itu terlalu sayangkan van tersebut.

RHB – Heart Baker

Filem pendek bertajuk ‘Heart Baker’ berdasarkan kisah benar mengenai kesukaran seorang kanak-kanak, Leah Choy yang gigih berusaha mengumpul wang untuk rawatan adiknya, Adele yang mengalami kecederaan otak. Sejak berumur 4 tahun lagi, Leah Choy telah mula membuat kek cawan untuk membantu Adele sehinggalah kini dia berusia 10 tahun dah telah menjadi seorang baker terkenal. Walaupun begitu, dia masih berusaha menjadikan kehidupan mereka lebih baik buat adik kesayangannya, Adele.

Air Asia – The Boy & The Lion

Filem pendek Air Asia yang bertajuk ‘The Boy & Lion’ menceritakan tentang imaginasi kanak-kanak yang menganggap dirinya sebagai seorang juruterbang muda dan mencari singa di awan biru. Tetapi imaginasinya terhenti sebaik sahaja kanak-kanak itu tersedar dia ketika itu berada di dalam pesawat, Air Asia ingin pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina bersama ahli keluarga di kampung.

Grab – HUATever you want, Grab got!

Huatever You Want, Grab Got mengisahkan tentang sebuah keluarga yang sedang melakukan persedian untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Ibu mereka telah mengarahkan kesemua anak-anaknya untuk melakukan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Anak bongsunya perlu menguasai seni mempertahan diri, kung fu untuk mengatasi cabaran melakukan kerja rumah.

Maxis – The Most Unforgettable CNY

The Most Unforgettable CNY menceritakan tentang seorang anak dan bapanya yang menderita dengan penyakit demensia. Sebagai seorang anak dia berusaha mencari jalan dan melakukan yang terbaik supaya dapat menjaga bapanya.

Daikin – The Twins

Daikin melancarkan filem pendek bertajuk ‘The Twins’ menceritakan seorang ibu yang sentiasa memihak kepada anak lelakinya, Ah Boy berbanding anak perempuan dan dia juga kerap membandingkan antara mereka berdua. Walau bagaimanapun kesemuanya berubah selepas satu rahsia terbongkar.

Coway – Tiny Prayer

Tiny Prayer mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang sanggup bersengkang mata dan sentiasa berjaga pada waktu malam untuk menjaga orang tuanya. Mengikut kepercayannya, jika seseorang itu sanggup berjaga malam maka orang tuanya akan kekal muda dan hidup lebih lama sehingga lah dia telah menemui satu cara yang sangat kreatif!

 

TNB – Reality Not Virtual

Filem pendek bertajuk ‘Reality Not Virtual’ menceritakan seorang remaja yang suka hidup bebas dari keluarga. Dia membuat keputusan untuk tidak pulang ke rumah sempena sambutan Tahun Baru Cina. Konsep dan tema kisah ini adalah bertemakan hubungan kekeluargaan dan kegembiraan serta mengetengahkan kepentingan berada bersama insan tersayang ketika musim perayaan walaupun ada teknologi yang membolehkan masyarakat sentiasa berhubung.

Petronas – ‘Bao Bei’

‘Bao Bei’ atau ‘selimut berharga’ menceritakan dari perspektif kain seperti kisah seorang nenek yang telah menggunakan cebisan kain setiap ahli keluarga dan disatukan sehingga menjadi sehelai selimut warna-warni yang sangat cantik. Apa yang lebih mengharukan apabila selimut itu kemudian dihadiahkan kepada bayi yang menjadi ahli baru dalam keluarga mereka.

SKIP THIS AD ×