berita

‘Hang Toksah Cari Gaduh La’ – Sharnaaz Ahmad ‘Sound’ Pengkritik Ustaz Ebit Lew

April 25th, 2020 | by faris
Kini Trending

Niat Ustaz Ebit Lew menyalurkan bantuan untuk mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama dicemari dengan suara sumbang yang tidak berpuas hati dengan pendakwah itu. Atas nasihat polis, Ustaz Ebit tidak akan lagi turun padang menolong fakir miskin. Pelakon Sharnaaz Ahmad menyatakan sokongan untuk Ustaz Ebit dan turut memberi amaran buat pengkritik.

Pesanan buat Ustaz Ebit Lew, Abu Syafiq

https://www.youtube.com/watch?v=1Mr6KkfDCOI

Menurut Sharnaaz menerusi video di saluran Youtubenya, kerja-kerja amal dilakukan ramai pihak bergantung kepada niat dan nawaitu masing-masing. Apa yang kurang disenanginya adalah timbul kecaman terhadap mereka yang melakukan kerja kebajikan sebegitu.

Individu yang sebelum ini mengecam Ustaz Ebit Lew memuat naik foto dan video fakir miskin dan melabel perbuatan tersebut sebagai haram turut menjadi isu utama diutarakan Sharnaaz.

Hang toksah cari gaduh la musibat oi. Kalau aku yang buta perut (tidak arif) hal agama pergi sound dia (Ustaz Ebit) tak kenalah, sebab aku sendiri pun jahil. Sejahil-jahil aku pun aku tau apa yang dia (Ustaz Ebit) lakukan tu ke arah kebaikan.

Aktor yang dikenali sebagai antara yang lantang menyuarakan pendapatnya berkenaan pelbagai isu ini juga meluahkan sokongan buat Ustaz Ebit.

Buat Ustaz Ebit, aku memang respect dekat hang! Jangan pedulikan pada musibat-musibat yang tidak puas hati. Apa yang hang buat ni ustaz, bukan setakat bangsa Melayu beragama Islam saja bangga, agama lain pun pandang tinggi dekat hang. Teruskan ustaz. Ustaz Ebit Lew, wa sayang sama lu.

Sumber: Sharnaaz Ahmad

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×