berita

Hanya Ada Peluang Terakhir Untuk Lulus, Pelajar Perubatan Ditangkap Guna ‘Bluetooth’ Ketika Duduki Peperiksaan

March 3rd, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Di New Delhi, India, seorang penuntut Sarjana Muda Perubatan ditangkap kerana menipu selepas didapati menggunakan peranti Bluetooth ketika menduduki peperiksaan akhir semester.

Peluang terakhir untuk lulus

Menerusi laporan Wion News, insiden tersebut berlaku pada 21 Februari yang lalu ketika 78 penuntut perubatan mengambil bahagian dalam peperiksaan akhir Sarjana Muda Perubatan, Sarjana Muda Pembedahan di Kolej Perubatan Mahatma Gandhi di India. Difahamkan, penuntut terbabit diterima masuk ke kolej berkenaan kira-kira 11 tahun lalu, namun gagal dalam peperiksaan akhir beberapa kali sejak beberapa tahun lalu. Peperiksaan kali ini merupakan peluang terakhirnya untuk lulus.

Disebabkan terdesak untuk lulus, penuntut terbabit menggunakan taktik kotor dengan menanam peranti Bluetooth itu melalui pembedahan di telinganya. Pengawas peperiksaan, Dr Vivek Sathe mengesyaki ada yang tidak kena terhadap penuntut terbabit selepas menemui telefon bimbit di dalam poket tersembunyi seluarnya. Selepas diperiksa, telefon bimbit itu didapati dihidupkan dan disambungkan ke peranti Bluetooth miliknya.

Pernah jadi topik utama berita

Ketika itu, penuntut berkenaan sedang menjalani peperiksaan Perubatan Am apabila skuad Universiti Devi Ahilya Bai yang diketuai oleh Timbalan Pendaftar Rachna Thakur tiba di tempat itu untuk menjalankan pemeriksaan.

Ujar Dr Vivek, pasukannya pada awalnya tidak menemui sebarang peranti Bluetooth hasil pemeriksaan dilakukan terhadap penuntut terbabit.Hanya selepas dibawa untuk disoal siasat, penuntut itu kemudiannya mengaku memasang penerima mikro berwarna kulit di telinganya oleh pakar bedah telinga, leher dan tekak (ENT). Tambah Dr Vivek, penipuan sebegini sudah menjadi kebiasaan bagi penuntut di India. Tambahnya, hal tersebut bukan perkara baru, malah pernah menjadi menjadi tajuk utama berita antarabangsa sebelum ini.

Sumber: Wion News

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×