berita

Haqiem Rusli Kahwin Hari Ini, Ramai Gadis ‘Patah Hati’ – ‘Selamat Tinggal Ex Crush’

November 19th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Tinggal beberapa jam lagi penyanyi Haqiem Rusly akan menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan, Anis Sofea.

Artikel Berkaitan: Haqiem Rusly Nikah Jumaat Depan, Gadis Umur 19 Tahun Jadi Pilihan

Kongsi persiapan majlis

@qiemiliowner Comeeeellll je macam main kawin kawin je tengok. Dalam masa 24jam je lagi ?? #HRxAS #haqiemrusli #foryoupage #fyp #foryou #fyp? ? original sound – qiemiliowner

Sehari sebelum majlis pernikahan, Haqiem, 23, bersama Anis Sofea, 19, dilihat turun padang ke lokasi yang akan diadakan majlis resepsi mereka.

Terpancar kebahagiaan di wajah pemilik nama Ridzuan Haqiem Rusli apabila tidak lekang dengan senyuman ketika membuat siaran langsung (live) di Instagram, semalam.

Dalam pada itu, Haqiem juga sempat menyanyikan sedikit potongan lagu daripada penyanyi Anji yang berjudul Dia.

Dah boleh ‘move on’

Di ruangan komen, rata-rata peminat perempuan mula meluahkan rasa patah hati melihat ‘crush’ yang diminati akan berkahwin.

Namun, jauh di sudut hati, mereka tetap mendoakan kebahagiaan pelantun lagu Tergantung Sepi dan bakal isterinya selain dipermudahkan urusan hari bahagia.

Terdahulu, Haqiem membuat pengumuman mengejut apabila memberitahu bahawa dia bakal bernikah pada 19 November ketika memberikan ucapan selepas memenangi anugerah bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABP34) pada Sabtu lalu.

Sumber: TikTok @qiemiliowner

SKIP THIS AD ×