berita

Hattan Geli Lihat Aksi Sumbang 2 Lelaki Dalam Surau – ‘Seluk Tangan Dalam Seluar Lepas Tu Salam’

October 28th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, viral sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan tindakan ‘jijik’ dua lelaki bercium selepas menunaikan solat di dalam sebuah surau. Lebih mengejutkan, salah seorang daripada lelaki tersebut telah menyeluk tangannya ke dalam seluar sebelum bersalaman dengan jemaah lain.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Aksi Dua Lelaki Bercium Dalam Surau Bangkit Amarah Netizen, Cuba Lari Lepas Kantoi

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ning Baizura Penyanyi Yang Bagus, Saya Simpati Dengan Dia’ – Hattan 

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Ya Pun Kejar Rating, Tak Payah Buat Benda Bangang!’ – Hattan 

Berikutan daripada video tersebut, penyanyi, Dato Hattan telah meluahkan rasa marah kerana kelakuan dua individu berkenaan sangat biadab dan tidak menghormati kesucian rumah Allah.

Pergi cari perempuan

Saya ada agak rasa marah sikit, bukan marah sikit-sikit tapi banyak. Saya ada tengok video dekat dalam surau, apa terjadi? Jantan sama jantan buat kelaku tak senonoh. Dalam surau tu, kau tak ingat ke surau rumah Allah, tempat kita nak sembahyang. Eh kau buat keje tak semenggah dalam tu, jantan sama jantan pula tu. Pergi lah cari perempuan kat luar tu, cari perempuan buat calon kahwin elok-elok.

Menurut Hattan, dia berasa geli apabila melihat kelakuan ‘jijik’ tersebut malah memberi pesanan kepada semua agar menghindari perbuatan terlarang itu. Tambah Hattan, surau tempat beribadat bukannya tempat melakukan perbuatan yang tidak senonoh.

Takkan buat kerja tak semenggah jantan sama jantan geli geleman pun ada tengok. Astaghfirullahalazim, seluk tangan dalam seluar lepas tu pergi salam dengan orang. Jangan diikut ragam kaum Nabi Luth ni. Mengucap, istighfar la banyak-banyak.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hattan (@dato_hattan)

Sumber: Hattan

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×