berita

Hujan & Kesesakan Lalu Lintas Bukan Penghalang! 8000 Penonton Banjiri Stadium Malawati Demi Anuar Zain

October 29th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Hujan lebat dan kesesakan lalu lintas di kawasan Stadium Malawati, Seksyen 13, Shah Alam semalam, tidak menjadi penghalang buat peminat setia Anuar Zain untuk hadir ke konsertnya.

Terpaksa ambil neb atas pentas

Meskipun berdepan dengan kekangan suara yang serak kerana baru sahaja pulih daripada masalah kehilangan suara dan demam, Anuar dilihat berjaya menghiburkan penonton dengan rangkaian 20 lagu popular serta mengimbas nostalgia bersama peminatnya.

Saya tak minta pun nak hilang suara. Dia jadi seminggu sebelum konsert ini. Masa latihan saya tak menyanyi, sekadar dengar apa yang dirakam sahaja.

Apapun semangat saya kuat. Walau apa jadi persembahan kena jalan. Saya kena bagitahu penonton sebelum mula yang saya tak sihat. Saya sendiri kecewa sebab tak sampai pitch. Tapi kita nak buat macam mana. Saya bersyukur dapat menyelesaikannya sampai habis.

Ujar Anuar lagi, dia tidak mengubah sebarang susunan muzik yang telah dirancang.

Saya ada berjumpa dengan doktor untuk dapatkan ubat. Ia membantu serba sedikit. Kalau tidak saya 100 peratus tiada suara. Back up vokal saya turut kenalkan saya dengan seorang doktor. Sebab itu saya ambil neb atas pentas. Saya tak pernah ambil neb sepanjang hidup saya.

Saya tak mahu kecewakan peminat. Saya harap mereka semua gembira. InsyaAllah akan ada yang lebih baik selepas ini.

Antara lagu hits yang disampaikan Anuar Zain malam tadi ialah Sedetik Lebih, Keabadian Cinta, Bila Resah, Teman Terulung, Perpisahan, Andainya Takdir, Kau Bunga Cintaku dan Lelaki Ini.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×