berita

Ibu 3 Kali Hamil Sebelum Nikah Dengan Lelaki Berbeza, Wanita Kongsi Derita Nama Ber’bintikan’ Abdullah

May 19th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Aktivis terkenal, Syed Azmi menerusi perkongsiannya di laman Facebook sering bercerita mengenai kisah rakyat Malaysia yang cukup menyayat hati dan serba kekurangan. Terbaru, beliau berkongsi sebuah kisah mengenai seorang wanita yang mengaku merupakan anak luar nikah yang berbintikan ‘Abdullah’.

Nama binti Abdullah

Sekadar gambar hiasan

Tuan Syed, saya nak berkongsi tentang nama binti Abdullah ni. Saya dilahirkan luar nikah. Ibu sempat la dinikahkan nenek saya dengan seorang lelaki konon nak tutup cerita, tapi tak lama pun lelaki tu belah sebab ibu memang tak nak pun kahwin dengan dia. Okay la saya pun lahir dan berbintikan ‘Abdullah’. Selama saya membesar, saya difahamkan saya ni tak ada ayah lepas mak saya mengandung. Ayah saya lari tak balik. Jadi bila dekat sekolah (masalah malay people if nampak nama abdullah je memang sibuk nak tahu asal usul kan).

Menurut wanita yang identitinya tidak dedahkan oleh Syed Azmi, dia memberitahu kepada rakan-rakan di sekolah bahawa ayahnya telah lari meninggalkan ibunya sewaktu dirinya masih berada dalam kandungan. Namun begitu, dua bulan sebelum menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR), salah seorang daripada mak ciknya yang turut menghidap bipolar telah menceritakan perkara sebenar mengenai dirinya yang merupakan anak luar nikah.

Ibu mengandung masa umur 17 tahun dan teman lelaki ibu (ayah) tak nak kahwin. Jadi nenek saya bawa ibu balik kampung dan kahwinkan dengan pak sanggup (lelaki lembam).

Sejak dari itu juga, wanita ini mula berasa sensitif apabila ada di antara rakan-rakanya yang bergaduh dan mengeluarkan kata-kata kesat seperti ‘anak haram’. Kesan daripada itu juga, wanita ini tidak masuk ke kelas dan tidak hadir ke sekolah. Hampir dua minggu dia berfikir untuk menjadi seorang yang baik atau jahat.

Ibu memang jahil agama

Sekadar gambar hiasan

Okay reverse lagi kebelakang, ibu saya memang jahil agama, masa saya umur 5 tahun dia pregnant dan kahwin. Lepas kandungan 5 bulan dekat Narathiwat, dia reverse tarikh nikah so that “adik tiri” saya berbintikan ayah tiri saya tu (dah arwah pon ayah). Lepas beberapa tahun berkahwin, mereka gaduh dan bercerai talak tiga. Mereka juga pernah bersama semula meskipun ibu tidak menikahi lelaki lain. Semasa kembali bersama, ibu saya mengandung sekali lagi iaitu adik saya yang ketiga.

Jelas wanita itu lagi, meskipun dia tidak pandai mengenai ilmu agama namun, dia terfikir sama ada adiknya ini anak yang sah atau tidak. Lebih malang, adiknya itu tiada surat beranak kerana surat nikah ibunya tidak ‘valid’ dan kena ‘declare’ yang mereka sudah berkahwin di Siam.

Sampailah adik lelaki saya ini umur 10-11 tahun mak cik saya tolong urus dekat Jpn sebab tak sekolah oleh kerana tiada surat beranak. Adik yang berbintikan ayah tadi tu pun sekolah masa umur 8-9 tahun sebab lambat dapat surat beranak. Urusan Jpn tu setel, adik sy kena berbinkan abdullah kalau nak senang. Sampai masa adik perempuan saya nak berkahwin, saya akan bagitahu hal sebenar dan minta dia ikut cara saya berkahwin.

Berkongsi lebih lanjut, wanita itu memberitahu bahawa mereka anak beranak pernah bergaduh dan ibunya tidak mengaku bahawa dirinya sebagai anak. Kejadian itu juga berlaku semasa mereka ingin membuat permohonan wali hakim.

Tidur bersama dalam bilik

Sekadar gambar hiasan

Saya tetap jalankan tanggungjawab saya macam biasa. Bagi duit bulan-bulan, beli baju raya, insuran cuma kiranya tak ada komunikasi sangat dengan ibu. Banyak melalui mak cik atau nenek. Ibu emosi tak stabil sebab kadang okay dan kadang tak.

Jelas wanita tersebut lagi, sekarang ibunya sudah kahwin dengan suami yang ketiga. Jadi dia mempunyai empat beradik daripada tiga orang ayah yang berbeza. Kesemuanya mengandung sebelum bernikah dan selepas cerai talak tiga. Ujarnya lagi, ayah ketiganya ini merupakan punca hubungan mereka anak beranak lagi teruk.

Ibu mula minum alkohol, hisap ice dan ganja. Lebih teruk, sebelum kahwin mereka berdua tidur di dalam bilik yang sama. Saya menjerit menangis kenapa buat mcm ni bulan puasa, tak puas dah ke masa muda apa semua. Ibu saya terus halau saya dari rumah dan cakap saya anak haram. Masa itu tiga hari sebelum raya. Saya balik kampung terus dan menetap bersama mak cik.

Mak saya ikut masa tu dan luahkan yang dia marah, malu kenapa saya malukan dia pasal dia pregnant luar nikah dulu tu. Saya diamkan asalkan saya dapat nikah jalan yang betul saya syukur, dan saya ni dari sekolah pegang title ‘Abdullah’ dengan 1001 persepsi. Saya yang patut malu dan hukum ibu, tapi saya ada akal kot? Saya maafkan sahaja.

Di akhir kisah tersebut, wanita ini memberitahu bahawa tujuan dia berkongsi kisah mengenai dirinya adalah untuk menyedarkan masyarakat agar tidak menghukum seseorang setelah semuanya berlaku. Di samping itu, setiap dokumentasi yang didapati palsu perlu diselesaikan dengan segera agar ianya tidak meninggalkan kesan kepada anak-anak pada masa hadapan. Akhir sekali, bijak dan tenang merupakan cara yang terbaik buat seseorang ketika menangani masalah dalam kehidupan.

Sumber: Syed Azmi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×