berita

Ibu Aliff Aziz Titip Pesanan, Bersyukur Anak Dah Berubah – ‘Jangan Sia-Siakan Masa Muda Abang Lagi’

September 2nd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Tampil dengan perubahan baru selepas menyertai kumpulan tabligh dan ‘keluar’ selama 3 hari untuk mendalami agama Islam, nama penyanyi Aliff Aziz semakin mencuri tumpuan netizen di media sosial.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Subhanallah, Merdunya Suara Aliff Aziz Laung Azan…

Artikel berkaitan: Tak Lekang Selawat Kepada Rasulullah, Aliff Aziz Dapat Hidayah Sertai Kumpulan Tabligh – ‘Tak Tahu Apa Yang Gerakkan Hati, Saya Sendiri Hantar DM’

Terbaru, Aliff dilihat memuat naik sebuah ucapan istimewa buat ibu dan ayahnya sempena penghijrahan yang dilakukan sejak belakangan ini.

Saya akan buat yang terbaik

Menurut Aliff, dia ingin menjadi anak yang terbaik buat kedua-dua orang tuanya. Meskipun tidak dapat membalas jasa dan pengorbanan mereka sepenuhnya, Aliff berjanji akan memberi kebahagiaan buat ibu dan bapanya. Ujar Aliff, dia beruntung mempunyai kedua ibu-bapa yang selalu memberi sokongan tatkala dirinya hilang arah.

Sayang pada anak-anak tiada nilainya

Allahuakbar ya robb. Alhamdulillah, masyaallah this brought happy tears to me. Sayang kami pada anak-anak tiada nilainya. If only all children knows how much their parents love them without any agenda and unconditionally masyaallah semua akan benar-benar sayang pada kedua-dua ibu bapa.

Di ruangan komen, ibu kepada Aliff iaitu Fiza Aziz memberitahu bahawa dia ingin melihat kesemua anak-anaknya berjaya di dunia dan akhirat. Sebagai ibu, Fiza bersyukur pada Allah kerana memberi peluang untuk Aliff mencari fitrah diri. Ujar Fiza, Aliff merupakan pinjaman yang diberikan oleh Allah buat mereka.

Abang hanya pinjaman pada kami bukan hak kami tapi hak allah jadi kembalikan hak allah semasa hidup ini dengan taat pada perintahNYA nescaya you will find peace in your heart.

Di akhir komen, Fiza berharap Aliff tidak sia-siakan masa mudanya lagi. Fiza dan suami turut berdoa agar Allah permudahkan perjalanan, perjuangan dan melindungi anak mereka hingga ke jannah.

Sumber: Aliff Aziz

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×