berita

‘Ibu Lari, Ayah Ditahan Polis..’ – Kisah Sedih Adik Rizal NG Menghayat Hati

March 24th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Dilahirkan sempurna dalam keluarga yang baik merupakan satu nikmat pemberian Allah. Bukan semua orang dilahirkan bernasib baik, ada yang melalui zaman keperitan hidup sejak dari kecil. Paling menyedihkan ada yang diabaikan sejak dari kecil.

Seperti perkongsian ini, kisah kanak-kanak lelaki ini menyayat hati apabila dia bukan saja kehilangan adik lelakinya akibat dihempap televisyen, malah ibunya melarikan diri sejak setahun lalu.

 

Bapa tidak datang melawat

Rizal yang berada dalam keadaan kritikal ketika itu dipercayai muntah, cirit-birit dan tidak makan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Dalam tempoh dirawat, lelaki mendakwa bapa Rizal tidak datang melawat anaknya menyebabkan doktor menghantar Rizal kembali ke HTAR selepas dia pulih.

Menurutnya, dalam tempoh itu, Rizal yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri selain suntikan imunisasi dikejutkan dengan kematian adiknya berusia dua tahun di HTAR.

Adik Rizal meninggal dunia

Adik Rizal dilaporkan kritikal dan dihantar bapanya ke HTAR dipercayai dihempap televisyen sebelum disahkan meninggal dunia.

Doktor melaporkan kepada polis sebelum satu siasatan dijalankan dan lelaki itu dibawa ke Penjara Sungai Buloh manakala Rizal dirujuk kepada JKM.

JKM ketika ini berusaha mengesan ibu kandung Rizal dipercayai wanita warga Indonesia, Ima Tri Yanti  untuk urusan dokumentasi dan penempatan kanak-kanak itu.

Rizal Ng Chong Wei kini ditempatkan di sebuah institusi kebajikan di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas bapanya didakwa atas kesalahan menyebabkan kematian anaknya.

Sumber : Harian Metro

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×