berita

Ingin Lebih Produktif Sepanjang Hari? Ini Cara Lakukannya Dengan Huawei MatePad Pro!

July 3rd, 2021 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kebanyakan daripada rakyat Malaysia mengambil inisiatif untuk bekerja dari rumah dan ianya bukanlah satu tugas yang mudah. Kemampuan bekerja dan produktiviti kita adakalanya terganggu kerana tidak memiliki kemudahan setanding di pejabat.

Tapi, kini dengan HUAWEI MatePad Pro segala-galanya menjadi lebih mudah dan produktif kerana ianya lengkap dengan fungsi setanding Personal Computer (PC) disamping, turut menawarkan paparan penuh skrin seluas 12.6 inci.

“Boost” produktiviti kerja korang dengan HUAWEI MatePad Pro!

Peranti keluaran Huawei ini juga memiliki fleksibiliti dari segi saiznya yang kompak dan mudah untuk dibawa kemana-mana. Tidak berat dan terlalu tebal, HUAWEI MatPad Pro memang sesuai digunakan oleh semua peringkat umur.

Ini antara kelebihan menggunakan peranti wajib milik ini:

1. Kerja dapat dilakukan dengan lebih baik dan teratur.

Ha, bagi korang yang tak tahu dengan adanya HUAWEI MatePad Pro, kerja korang boleh dilakukan dengan lebih teratur dan efficient tau. Hal ini demikian kerana, apabila HUAWEI MatePad Pro digunakan bersama HUAWEI Smart Magnetic Keyboard, ianya memberikan korang kendalian penuh terhadap peranti ini.

So, korang akan ada akses penuh seperti menggunakan PC. Mudahlah korang nak akses dokumen, edit dokumen dan sebagainya. Kiranya apa PC boleh buat, HUAWEI Mate Pad Pro pun boleh buat jugak.

Selain itu, HUAWEI juga turut memperkenalkan kemudahan bottom dock untuk memudahkan pengguna mengakses aplikasi yang sering mereka gunakan.

Tambahan pula, dengan adanya perkhidmatan Widget baru, pengguna HUAWEI MatePad Pro kini boleh mencari dan menggunakan aplikasi tertentu dengan lebih pantas tanpa perlu melancarkannya. Widget ni 100% customizable. Jadi, pengguna boleh susun Widget ini mengikut kreativiti mereka dan meletakkan ia di mana mereka suka. Menarik bukan?

2. Tablet baru dengan 3 fungsi skrin: Mirror Mode, Extend Mode & Collaborate Mode.

Boleh digunakan dalam 3 mode, HUAWEI MatePad Pro menjanjikan pengalaman bekerja yang lebih awesome dan berkesan.

Bagi korang yang bekerja sebagai designer, fungsi mirror mode antara fungsi penting dan HUAWEI MatePad Pro ada fungsi ini. Ianya membolehkan korang mirror skrin komputer riba korang ke skrin tablet dan korang boleh gunakan tablet ini untuk melakar lakaran yang perlu disiapkan. Jangan risau, HUAWEI M-Pencil Generasi Kedua yang disediakan bersama HUAWEI MatePad Pro memang secara automatik akan sync dengan skrin komputer riba milik korang.

Bukan itu sahaja, skrin HUAWEI MatePad Pro juga boleh digunakan dalam extend mode dan collaborative mode. Hal ini membolehkan korang extend skrin korang ke tablet untuk memudahkan proses mengedit dokumen mahupun video walaupun tengah meeting. Multi-tasking habisla katakan.

Lebih best, sebab dalam collaborative mode korang boleh guna papan kekunci dan tetikus dalam masa yang sama untuk laptop dan HUAWEI MatePad Pro. Senang nak transfer dokumen. Tinggal drag je guna tetikus.

3. HUAWEI MatePad Pro tambah baik App Multiplier demi kepuasan pengguna!

Disamping itu, App Multiplier HUAWEI MatePad Pro juga telah ditambah baik bagi memberikan penggunanya pengalaman dan kepuasan dalam mengakses kandungan aplikasi yang diinginkan dengan lebih mudah. Pengguna hanya perlu menolak keatas atau menarik kebawah pada sisi skrin yang kosong untuk membolehkan mereka mengatur isi kandungan aplikasi yang sedang digunakan.

Dengan adanya App Multiplier ini juga, korang sebenarnya boleh akses dua aplikasi sekaligus jika korang dah lancarkan aplikasi tersebut sebanyak dua kali dalam skrin tablet HUAWEI MatePad Pro.

4. Asah kreativiti korang dengan HUAWEI M-Pencil generasi kedua!

Berbeza dengan rekaan sebelumnya, HUAWEI M-Pencil generasi kedua memiliki mata pen yang bening. Lagipun, batang pen yang berbentuk heksagon dan sedikit membulat ini memberikan grip yang baik dan selesa digunakan walaupun dalam jangka masa yang lama.

Dilengkapi dengan tahap sensitiviti sehingga 4,096 tekanan, HUAWEI M-Pencil ini memberikan korang kendalian penuh terhadap fungsinya. Tak kisah lah korang nak buat bentuk apa atau nak tulis tulisan berangkai sekalipun, semuanya boleh… Hal ini demikian kerana, HUAWEI M-Pencil akan menangkap setiap nuansa pergerakan dan catitan korang walaupun korang menggunakan tekanan paling ringan dengan kadar latency paling rendah iaitu serendah 9ms.

HUAWEI M-Pencil ini juga turut disokong oleh HUAWEI FreeScript, yang membolehkan korang transfer terus catitan korang kedalam bentuk teks yang korang inginkan serta-merta. Tak perlu dah nak buang masa menaip!

Menyokong Double Tap to Switch, HUAWEI M-Pencil memudahkan korang mengubah fungsi pencil ini daripada mod menulis ke mod pemadam untuk membuat sebarang perubahan lain. Antara fungsi hebat lain yang dimiliki oleh Pencil ini ialah Instant Shape dan Instant Table, dimana korang hanya perlu melakar bentuk yang diinginkan, berhenti sebentar dan melepaskannya. Secara Automatik, korang akan mendapat bentuk yang korang inginkan.

Mampu Milik- Hanya RM3,999! Siap ada pelbagai freegift menarik!

Ditawarkan pada harga RM3,999, korang akan dapat pelbagai freegift apabila korang purchase HUAWEI MatePad Pro. Antara hadiah yang korang akan dapat termasuklah HUAWEI Smart Magnetic Keyboard, percuma 3 bulan HUAWEI Cloud Storage sebanyak 50GB & 1 bulan akses VIP percuma HUAWEI Video.

Buat masa ini HUAWEI MatePad Pro terdapat dalam warna Matte Grey tetapi korang dah boleh mula pre-order warna Olive-Green bermula 7 Julai ini.

Muat turun aplikasi dari HUAWEI AppGallery untuk peluang memenangi hadiah menarik!

Nak menang lebih banyak hadiah? Caranya mudah je, korang cuma perlu muat turun aplikasi HUAWEI AppGallery. Kemudian korang muat turun je aplikasi yang join Ocean Treasure Box sebab dalam setiap box ini ada hadiah menarik yang menanti korang.

Jadi, lebih banyak aplikasi yang korang muat turun, lebih banyak hadiah yang korang boleh menang.

**Peraduan ini sah hingga 31 Julai 2021

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan pelbagai freegift dan hadiah menarik dengan membuat pembelian HUAWEI MatePad Pro hari ini juga!

Lebih mudah, kerana sekarang korang boleh dapatkan semua produk HUAWEI termasuklah HUAWEI MatePad Pro secara dalam talian melalui HUAWEI Online Store, Lazada dan Shopee. Min sertakan link dibawah untuk memudahkan urusan pembelian korang.

Website: HUAWEI Online Store

Lazada: LazMall

Shopee: HUAWEI Official Store

 

SKIP THIS AD ×