berita

Isu Buka Rantai, MK K-Clique Cuma Hargai Peminat Wanita – ‘Saya Tahu Adab Tak Ada Sentuh Pun’

April 21st, 2022 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, nama MK K-Clique menjadi ‘panas’ selepas tular sebuah video di media sosial yang memaparkan penyanyi itu menanggalkan rantai lalu diberikan kepada peminat wanita.

Artikel Berkaitan: Tindakan MK K-Clique Suruh Peminat Wanita Buka Rantai Jadi Isu, Netizen Kaitkan Dengan Konsert Justin Bieber – ‘Pasal Ni Takda Orang Nak Tegur Atau Buat Video?’

Peminat tak henti jerit nama

Menurut MK, dia berasa gementar untuk membuat persembahan di depan khalayak ramai selepas dua tahun terhenti gara-gara Covid-19.

Katanya, peminat wanita itu tidak henti menjerit namanya sepanjang dia menyanyi di pentas. Bagi pemilik nama Muhammad Hairi Amin Hamdan, jeritan sokongan itu memberi semangat dan membuatkan hilang perasaan risau.

Itu adalah live show pertama yang saya dijemput Absolut Food Festival 2022 selepas Covid-19. Dah dua tahun tak perform, saya gementar.

Bila nama saya disebut untuk persembahan, ada seorang peminat wanita yang tak berhenti jerit panggil nama saya dan bagi semangat. Bagi saya, cukup seorang untuk hilangkan perasaan gementar dan kerisauan saya.

MK ditemui ketika majlis tayangan perdana dan sidang media filem Bunga dan Kayu yang diadakan di Berjaya Hills Resort, Bukit Tinggi pada Rabu.

Tak bersentuhan

Sebagai tanda hargai peminat, pelakon berumur 26 tahun menghadiahkan rantai emas tulen kepada wanita bertuah itu.

Menjawab kecaman netizen yang anggap keterlaluan, anak kelahiran negeri Sabah menegaskan dia tidak mempunyai niat lain malah mereka langsung tidak bersentuhan.

Saya bagi rantai emas. Memang emas betul. Cuma rantai itu susah nak buka (tanggal). Nak buka sendiri memang tak dapat.

Untuk dia (peminat) rasa dihargai, saya datang approach sendiri. Peminat itu pun tahu adab, tak sentuh pun saya. Dan saya sendiri pun tak ada sentuh dia. Itu cuma niat nak menghargai peminat. Tak ada niat lain.

Sumber: Instagram @hairiwhuut

SKIP THIS AD ×