berita

Isu Cinta Suami Orang, Apa Kata Rabecca Nur Al-Islam?

March 6th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-03-06 at 12.00.47 PM

Nampaknya kisah pergolakan antara pelakon cantik Hanez Suraya, R dan Liyana Manan tidak akan berakhir dengan mudah.

Artikel Berkaitan:

Setiap orang mempunyai penilaian sendiri mengenai perkara ini walaupun secara jelasnya Hanez lebih banyak menerima kritikan kerana bercinta dengan lelaki yang masih berstatus suami orang.

Terkini, bersikap untuk tidak menyebelahi mana-mana pihak, pelakon Rabecca Nur Al-Islam turut menyuarakan pendapatnya berkenaan kes tersebut.

Screen Shot 2014-03-06 at 11.16.53Status yang dimuatnaik oleh Rabecca Nur Al-Islam semalam

Dalam status yang dimuatnaik menerusi laman Instagram peribadinya itu, pelakon ini nampaknya menyatakan pendapat dengan lebih rasional dan meminta agar semua pihak memohon petunjuk daripada Allah SWT.

Status yang bertindak seakan-akan agen pendamai ini dilihat memberikan impak yang agak positif apabila ramai peminat turut bersetuju dengan kenyataanya itu.

Apapun, sama-samalah kita mendoakan yang terbaik untuk mereka semua dan semoga perang dingin ini bakal berakhir dengan aman.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)