Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi sebelum ini mengeluarkan kenyataan mendakwa insiden pencerobohan di Lahad Datu pada 2013 sebagai sandiwara. Bagaimanapun, dia telah tampil mengatakan video sebelum ini disalahtaksirkan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan Parti Warisan Sabah.
Terbaru, Datuk Mohamaddin Ketapi sekali lagi mengeluarkan kenyataan kontroversi berhubung peningkatan kes Covid-19 di Sabah yang dikaitkan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan tak lama lagi.
‘Melonjak pula Covid’
https://www.facebook.com/mkhairulazri/videos/10224328975640885/?__xts__[0]=68.ARAAsfkQ1zE6HlqwRK46jVU8KlhrMhQd-dvlIveCoewLh0qiY1wE0ZAa_qGKeVZSTgjLGHvFoB0lEJLFJZ5vfzQe_m7dh0lupbxBORR4Blb-yg0X8kxWNsXtu82sVu41yBWcEonMfF_matw_QdoDMeiS4XA5i37pLgDrlYQ2R8sM98Q4GKCCpO9bEcOwv5zCG2lOZvMfvnD0e94JFrO0gS6r5gmGww&__tn__=-R
Berdasarkan perkongsian video dari pengguna Facebook Khairul Azri, video berdurasi 1:35 minit itu memaparkan Datuk Mohamaddin Ketapi mengeluarkan kenyataannya berhubung kes peningkatan positif Covid-19 yang semakin meningkat saban hari.
Beiau juga menyatakan pendirian Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri meletak jawatan.
Kamu bayangkan, apabila sudah pilihan raya pandai pula melonjak Covid ini. Sudah 500 kes, sudah pandai naik pula. Saya yakin dan percaya, kalau 26 hari bulan ini kita mengundi, saya ingat 27 atau 28 macam tu kita sudah kosong kes. Sihat, sudah tiada Covid.
Disifatkan Mohamaddin terdesak
Memetik laporan BH Online, Datuk Mohamaddin Ketapi didakwa mempersenda anggota keselamatan yang terlibat dalam pertempuran di Tanduo disifatkan mereka berperang dengan ayam dan anjing. Bagaimanapun, dia sudah memohon maaf susulan kenyataan yang didakwa mempersendakan anggota keselamatan.
Ketika memberikan ceramah itu, saya memberikan gambaran kesukaran yang dihadapi oleh anggota keselamatan kita dalam mempertahankan kedaulatan negara yang berpunca daripada kelemahan kerajaan terdahulu dalam menyelesaikan isu pendatang tanpa izin.
Sementara itu, Menteri Luar iaitu Datuk Seri Hishammuddin menyifatkan Mohamaddin terdesak meraih undi sehingga pertempuran di Tanduo turut dijadikan isu.
Jadi bagi pihak Mohamaddin Ketapi, saya mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf yang amat sangat kepada keluarga dan waris mereka yang terkorban. Kalau mahu berpolitik pun kena ada had dan batasan.
Terbaru, polis mengesahkan Datuk Mohamaddin Ketapi akan dipanggil dalam masa terdekat bagi memberikan keterangan berhubung isu ini selepas menerima 35 laporan polis di seluruh negara.
Sumber: Free Malaysia Today, BH Online, Khairul Azri