berita

‘Kalau Diberi Peluang Untuk Lahir Semula, Kita Bentuk Keluarga Ini ‘ – Adik Mangsa Nahas Kepala Air

July 3rd, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Foto: Utusan

Semalam kita dikejutkan dengan berita mengenai penemuan dua mayat iaitu Azizah Eiyi, 40, dan anaknya Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, yang disyaki lemas dalam satu tragedi kepala air di Jeram Mawar, Terengganu.

Artikel Berkaitan: Tragedi Nahas 5 Beranak, Suami Reda – ‘Terima Kasih Allah Untuk Tempoh 24 tahun Hidup Bersama Mereka’

Lapan masih hilang

Foto: Harian Metro

Memetik laporan Harian Metro, lapan lagi mangsa yang terdiri daripada tujuh sekeluarga dan seorang lelaki yang merupakan bakal menantu keluarga itu kini sudah pun dikenal pasti.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, kesemua mangsa yang sudah dikenal pasti itu ialah Karim Abdullah, 39, serta enam anaknya iaitu Putri Balqis Izzati, 18, Putri Alleya Maisarah, 16, Putri Nor Fatin, 14, Putri Nurerina Natasya, 10, Muhammad Haziqah Ziqree, 6, dan Putri Aryana Umaira, 4.

Seorang lagi mangsa ialah Muhammad Fikri Salman, 24, yang juga tunang Puteri Balqis Izzati.

Muhammad Fikri berasal dari Batu Pahat, Johor dikatakan mengikut keluarga terbabit untuk berkelah di situ.

Hanyan turut memaklumkan bahawa Azizah dan Zulqarnain Hailkal yang ditemui oleh orang awam pada Ahad merupakan isteri serta anak Karim.

Pihak polis turut percaya motosikal jenis SYM dan Proton Gen2 yang ditemui di lokasi kejadian merupakan kenderaan dinaiki mereka sekeluarga manakala motosikal yang ditemui itu ditunggang Muhammad Fikri dan Puteri Balqis Izzati.

Operasi mencari dan menyelamat disambung semula pada hari ini selepas pihak bomba terpaksa menangguh proses pencarian pada Ahad kerana bimbang kepala air akan berulang.

Moga keluarga disatukan semula di alam sana

Dalam pada itu, adik kepada Azizah, Syawalluddin Eiyi, 29, mengakui terkejut dengan berita ini dan memaklumkan tragedi yang menimpa kakaknya sekeluarga itu meninggalkan kesan yang sungguh mendalam buat mereka sekeluarga.

Saya masih terkejut dan tak percaya dengan kejadian yang berlaku ini.

Tak sangka pula kali ini tragedi tak diingini berlaku kepada mereka sekeluarga. Saya berharap sangat dan berdoa agar masih ada yang terselamat.

Syawalluddin juga tampil memuat naik satu hantaran di Facebooknya berharap agar mereka sekeluarga dapat ‘disatukan’ semula di alam sana sebaik sahaja dilahirkan semula kerana terlalu menyayangi kakaknya sekeluarga.

Semoga kakak di tempatkan dengan orang yang beriman,

Kalau diberi peluang untuk lahir semula kita bentuk keluarga ni semula ya

Jangan pisah walau sorang pun, aku sayang korang semua.

Hantaran TikTok Syawalluddin

@syawaleiyi #tragedikepalaair #jeramairputihganu ? bunyi asal – Syawal Eiyi

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian, Facebook, TikTok

SKIP THIS AD ×