berita

‘Kalau Saya Seorang Yang Teruk, Kenapa Dia Tidak Lepaskan Sahaja?’ – Pachara Dakwa Afiq Sengaja Lengah Masa

April 7th, 2023 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Pelakon, Nur Aaira Mahdeya, 32, atau Pachara mempersoalkan tindakan suaminya, Muhammad Afiq Muiz, 31, yang enggan melepaskan dirinya secara baik.

Bukan itu sahaja, Pachara mendakwa Afiq seolah-olah sengaja melengah-lengahkan prosiding tuntutan fasakh apabila membuat kemunculan secara mengejut di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, semalam.

Artikel berkaitan: Afiq Muiz Hadir Prosiding Tuntutan Fasakh

Mempermainkan kakitangan peguam

Menerusi laporan Berita Harian, kes tuntutan fasakh dikemukakan Pachara ditangguh dan disebut semula pada 15 Jun depan.

Terang-terangan dia mengata isteri sendiri, seolah-olah saya teruk sangat. Dia memalukan saya selain mendera saya secara fizikal dan mental. Kalau saya seorang yang teruk, kenapa dia tidak lepaskan sahaja? Carilah isteri yang dapat tahan dengan dia. Apa yang dia mahukan sebenarnya?

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×