berita

Kami Cuba Buat Trend MAGGI Terbang Yang Tengah Viral Di TikTok. Hmm..Memang Betul-Betul Best Ke?

June 13th, 2022 | by Nurul
Kini Trending

Kalau korang perasan di TikTok sekarang tengah trending resepi MAGGI Terbang! Buat korang yang baru kali pertama dengar, MAGGI Terbang ni sebenarnya adalah mi segera yang benar-benar terapung tau!

Kredit: SAYS

Ini bukan trend makanan gimik biasa-biasa tau. Mesti korang fikir ada benda yang menahan mi tersebut untuk terapung kan? Sebenarnya takde pun, tetapi ia memerlukan skil dan kemahiran tersendiri untuk jadikan MAGGI Terbang ni nampak macam betul-betul real!

@richard_is_cooking &ltMaggi Terbang> Acu try buat sekali #maggiterbang #tiktokguru #richard_is_cooking #masakdirumah ? original sound – Richard is cooking

Tertanya-tanya bagaimana cara untuk membuatnya? Kami dah cuba sendiri, memang menjadi! Jom kami kongsikan langkah demi langkah untuk korang cuba pulak!

Ini antara bahan-bahan yang korang perlukan:

Kredit: SAYS

– MAGGI BIG Kari
– Telur
– Minyak masak
– Cili padi (untuk hiasan)

Tips Pro: Resipi ini sesuai dengan apa-apa jenis mi segera, tetapi korang boleh gunakan mi segera bersaiz lebih besar seperti MAGGI BIG atau ramyun Korea. Ini kerana mi nya adalah lebih banyak dan maggi korang akan terbang dengan lebih tinggi!

P.S: Malas nak keluar untuk beli barang? Haa..jangan risau,  kesemua barang dapur ini boleh dihantar sehingga ke depan pintu rumah korang dengan mudah dari pandamart atau kedai foodpanda berdekatan korang seperti Lotus’s, Mydin dan 7-Eleven.  Bukan je hanya jimat masa dan tenaga, malah penghantaran akan dibuat sepantas 30 minit. Bestnya!

Jom ikuti langkah-langkah mudah ni untuk masak MAGGI Terbang!

LANGKAH 1: Rebus mi segera selama dua minit

Kredit: SAYS

Kemudian, tapis mi dan rendam dalam air sejuk. Tapis lagi sehingga kering.

LANGKAH 2: Taburkan sedikit tepung pada mi segera, dan letakkan di atas papan pemotong

Kredit: SAYS

Taburan tepung ke atas mi akan membantu untuk mengelakkan mi dari melekat. Seterusnya, letakkan mi di atas papan pemotong, sehelai demi sehelai mengikut panjang mi.

LANGKAH 3: Balut mi di sekeliling penyepit (atau garpu)

Kredit: SAYS

Mula-mula, balut mi yang lebih pendek di sekeliling penyepit (atau garpu). Langkah ini sangat penting kerana ia akan memastikan penyepit atau garpu korang berada di tempatnya selepas proses memasak.

Kredit: SAYS

Seterusnya, perlahan-lahan letakkan mi yang lebih panjang pada penyepit (atau garpu), dan biarkan ia tergantung. Lebih lama mi korang tergantung, lebih tinggi mi korang akan ‘terbang’.

LANGKAH 4: Goreng mi dengan api sederhana rendah hingga garing

Kredit: SAYS

Guna api sederhana rendah dan letakkan mi ke dalam minyak. Biarkan mi di dalam minyak seketika dan goreng selama beberapa minit sehingga pangkal mi mula garing (ini juga akan berfungsi sebagai tapak MAGGI Terbang korang).

Kredit: SAYS

Dengan menggunakan senduk, tuangkan minyak secara berterusan ke atas mi dari atas, pastikan mi sentiasa berada di tempatnya. Lakukan langkah ini selama sekurang-kurangnya 10 minit, sehingga setiap bahagian mi menjadi rangup dan boleh berdiri sendiri.

LANGKAH 5: Masukkan sup, telur dan bahan hiasan 

Kredit: SAYS

Seperti biasa, didihkan air, kemudian masukkan 1 paket serbuk perasa dan sebiji telur. Setelah siap, tuangkan sup ke dalam mangkuk bersama mi segera yang baru siap digoreng. Tambah sedikit cili padi untuk hiasan, dan MAGGI Terbang korang sedia untuk dihidangkan.

Woohoo, sekarang korang dah boleh buat MAGGI Terbang yang viral tu sendiri di rumah!

Kredit: SAYS

Mesti ramai yang nak tahu macam mana sebenarnya rasa MAGGI Terbang ni sampai viral kan?

Kredit: SAYS

Kalau korang nak tahu, MAGGI Terbang ni rasanya memang lazat!

Tekstur mi yang rangup setelah digoreng, menjadikan rasanya seolah-oleh yee mee! Nak lagi sedap, korang ceraikan mi dan biarkan ia meresap ke dalam sup, perghhh..Memang layan!

Kredit: SAYS

Patutlah MAGGI Terbang ni trending, sedap rupanya. Yang penting, korang kena ikut cara dan resipi yang betul untuk rasa dan hasil yang terbaik. Jangan cepat give up tau.

Mula-mula mencuba resipi ni pun min failed jugak. Sebagai contoh, kalau korang tak berhati-hati  dalam mengasingkan helaian mi, gulungan mi tak akan menjadi kemas dan sukar untuk digoreng. Atau, jika korang tak cukup lama curahkan minyak ke atas mi, bentuk mi tidak akan menjadi.

Tetapi apabila korang berjaya melakukannya dengan betul, mesti korang akan puas hati kan!

Sekarang, korang boleh buat MAGGI Terbang korang sendiri atau resipi viral yang lain di rumah. Lagi best, korang boleh jimat masa & wang dengan pandamart dan kedai foodpanda!

Kredit: SAYS

Sama ada MAGGI Terbang yang viral, ayam Coca-Cola, croffles atau Turkish eggs, korang kini boleh mencuba semua resipi ini tanpa perlu mengunjungi kafe atau restoran yang mahal. Masak sendiri je.

Daripada barangan runcit dan keperluan harian, semuanya korang boleh dapatkan melalui pandamart dan kedai foodpanda berdekatan korang!

Dengan lebih 4,500 item tersedia di pandamart, dan lebih 2,000 kedai foodpanda, korang boleh pilih jenama tempatan kegemaran korang sambil menikmati penghantaran sepantas 30 minit.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang pandamart dan kedai foodpanda, layari laman web mereka atau muat turun aplikasi mereka hari ini!

Untuk lebih penjimatan, jangan lupa gunakan kod promosi ini:

– Gunakan PESTASHOPS untuk mendapat potongan RM12 dari RM60 di kedai foodpanda terpilih
– Gunakan 6OFFMART untuk mendapatkan potongan RM6 dari RM70 di mana-mana cawangan pandamart.

SKIP THIS AD ×