Pada 8 Mac 2014, satu dunia dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370 ketika perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Berita tragik itu mendapat liputan luas media antarabangsa dan walaupun pelbagai cara telah dilakukan, keadaan pesawat itu masih menjadi misteri.
Setelah beberapa tahun kehilangan MH370, usaha mencari pesawat kembali aktif. Walaubagaimanapun lagi satu insiden terjadi dimana kapal pencarian pesawat MH370, Seabed Constructor dilaporkan hilag daripada radar selama 80 jam tanpa penjelasan.
Kapal pencarian MH370 pula hilang
Kapal Seabed Constructor (Foto kredit: Berita Harian)
Menurut laporan akhbar Britain The Sun, kapal pencarian pesawat MH370 telah hilang daripada radar selama 80 jam dan sebabnya masih belum diketahui. Misteri kehilangan itu menyusul selepas 10 hari usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370.
The Sun juga melaporkan bahawa Sistem Identifikasi Automatik (AIS) kapal itu dilaporkan ditutup pada 13 Januari lalu. Walaubagaimanapun sistem AIS telah dibuka semula 80 jam kemudian, tetapi punca ia ditutup masih belum diketahui dan lokasi kapal itu dalam tempoh berkenaan tidak dirakam.
Susulan berita itu, ia menimbulkan teori konspirasi dan perbandingan dengan pesawat MH370 yang lenyap dalam sistem radar kerana MH370 juga hilang selepas sistem komunikasinya ditutup selepas satu jam berlepas. Nasib 239 penumpang dalam pesawat itu pun masih belum ditemui.
Wujud rancangan merahsiakan lokasi pesawat?
Dalam pada itu, seorang pengguna media sosial merasakan bahawa pesawat MH370 itu sudah ditemui tetapi wujud rancangan merahsiakan lokasinya sehingga bayaran kerajaan disahkan.
Pemilik Seabed Constructor, Ocean Trinity dari Texas, Amerika Syarikat dibayar menerusi perjanjian ‘tiada bayaran jika tiada penemuan.’ Dalam lagi satu kenyataan, syarikat itu memaklumkan bahawa kapal pencarian itu memanfaatkan keadaan cuaca baik untuk menghala ke zon pencarian pesawat MH370.
Ocean Trinity ditawarkan lebih RM216 juta jika mereka berjaya menemui pesawat MH370 dalam masa 90 hari. Kapal Seabed Constructor memulakan operasi pencarian dari pelabuhan Durban, Afrika Selatan pada 2 Januari 2018 dan tiba di lokasi pencarian pada 21 Januari lalu.
Kru kapal itu menggunakan peralatan pengimbas sonar dalam usaha menjejaki pesawat MH370. Kami berharap segala misteri terungkai satu hari nanti.
Sumber: Berita Harian