berita

Kes Curang Rendy Kjaerneet! Landy Nayoan Failkan Penceraian, Tuntut Hak Penjagaan Anak

July 11th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Beberapa hari yang lalu, kecoh mengenai isu pelakon terkenal Indonesia, Rendy Kjaernett yang kantoi curang dengan isterinya, Landy Nayoan dengan cara mencacah tatu muka adik kepada Raffi Ahmad, Syahnaz Sadiqah.

Lebih teruk lagi, tular pula satu video memaparkan aksi tidak senonoh dilakukan seorang lelaki dan wanita yang dikatakan mirip sekali dengan wajah Rendy dan Syahnaz di dalam sebuah bilik.

Artikel Berkaitan: Isteri Pelakon Bongkar ‘Sisi Gelap’ Suami Curang Dengan Isteri Drummer, Tatu Badan Pun Wajah Si Penyondol

Artikel Berkaitan: Pelakon Mengaku Tatu Di Belakang Badan Muka Adik Raffi Ahmad, Cacah Sebab Sakit Hati Dengan Isteri

Artikel Berkaitan: Tersebar Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Terkenal Bersama Suami Orang, Netizen Cakap Macam Edit Je

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Tetap Setia, Pelakon Akui Tak Bersyukur Dapat Pasangan Baik – ‘Saya Sangat Menyesal’

Berakhir dengan cerai

Terbaru, kemelut rumah tangga itu sudah berakhir apabila Landy nekad memfailkan penceraian terhadap Rendy.

Memetik laporan Kompas, perkara tersebut disahkan oleh wakil Mahkamah Bekasi di Indonesia yang menerima permohonan cerai daripada Landy yang dilakukan pada 10 Julai lalu.

Terdapat permohonan cerai dibuat Landy Veronica Nayoan terhadap Rendy Himawan Sumantri pada 10 Julai yang lalu.

Sidang perbicaraan bagi kes mereka ini akan berlangsung pada 18 Julai akan datang.

Menurut wakil mahkamah itu lagi, Landy Nayoan juga menuntut hak penjagaan ketiga-tiga anak mereka.

Terdahulu, Rendy tampil membuat permohonan maaf dan mengakui kesilapannya yang berlaku curang terhadap Landy.

Rendy menjelaskan bahawa tindakannya yang berlaku curang serta mencacah tatu wajah Syahnaz adalah kerana sudah mempunyai perasaan cinta terhadap wanita itu.

Sumber: Kompas

SKIP THIS AD ×