berita

Kes Kanak-Kanak Didera Kekasih Ibu, Elisya Sadha Mahu Si Pelaku ‘Dihumban’ Ke Penjara -‘Jantan Tak Guna!’

June 10th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Semalam kecoh di laman sosial mengenai kes penderaan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang dipercayai dipukul oleh kekasih kepada ibunya.

Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Dua Tahun Didera Kekasih Ibu Sebab Buat Bising

Menerusi laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa, anak perempuannya itu dipercayai dipukul oleh lelaki terbabit menggunakan penyangkut baju dan ditampar di muka hanya kerana membuat bising.

Kes tersebut telah menimbulkan rasa marah dalam kalangan masyarakat dan turut menarik perhatian pelakon, Elisya Sandha.

‘Pastikan masuk dalam’

Elisya menerusi perkongsian terbaharu di Instagram Stories (IG Story) miliknya berharap agar lelaki tersebut berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa.

Tegas aktres berusia 23 tahun itu, tindakan sedemikian layak menerima balasan dengan dipenjarakan di dalam lokap seumur hidup.

Kau memang jantan tak guna! Dera anak orang! Tolong la cari dia ni dan pastikan lelaki ini masuk dalam (penjara) sampai dia mampus!

Sementara, ibu kepada seorang cahaya mata itu akui terkesan dan sedih melihat nasib yang menimpa kanak-kanak berkenaan.

Ya Allah, tak boleh tengok benda macam ini (kes penderaan). Kesiannya awak sayang, sakitnya hati tengok.

Terdahulu, dalam kejadian yang berlaku di Wangsa Maju, Kuala Lumpur itu, ibu kepada mangsa berkata dia sudah berusaha melindungi anaknya namun gagal.

Akibat perbuatan agresif lelaki terbabit, mangsa yang baru berusia setahun 11 bulan itu mengalami kecederaan pada bibir dan mata serta badannya dipenuhi kesan lebam.

Kedua-dua beranak ini kemudian dihantar pulang ke rumah keluarga di Setapak Jaya oleh lelaki tersebut tetapi siapa sangka, lelaki itu kemudian melarikan diri selepas menyedari kehadiran kereta peronda polis.

Sementara itu, menurut laporan Berita Harian, polis sedang memburu suspek, 31, dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Dalam pada itu, menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan D Saralathan, kanak-kanak itu telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan ditemani ibunya untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×