berita

‘Ketika Tinggal Di Rumah Pusaka, Suami Adik Bongsu Telah Merogolnya’

October 9th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Jenayah seksual dalam kalangan masyarakat kita bukanlah satu perkara yang baharu. Malah, ianya semakin membimbangkan apabila ianya dilakukan oleh individu rapat.

Seperti perkongsian Baitus Solehah, seorang wanita terpaksa menanggung beban yang sangat perit apabila dia dirogol individu dikenali sehingga hamil luar nikah. Selain bekas suami, wanita ini turut menjadi mangsa nafsu binatang adik ipar sendiri.

Dirogol adik ipar

Sekadar gambar hiasan

Kisah duka seorang perempuan

Pada 29/09/2020, seorang perempuan Melayu para 7+1, dimasukkan wad obstetrics kerana menghadapi masalah uri di bawah. Plasenta previa type 2. Melahirkan anak pada 01/10/2020. Keadaan anak dilahirkan mengalami sumbing bibir dan jangkitan kuman.

Ibu mempunyai 3 orang anak dari perkahwinan yang sah. Pada tahun pertama perkahwinan, kandungan pertama telah gugur. Selepas itu ibu mengandung lagi. Ketika mengandung anak ini, ibu ternampak suaminya melakukan hubungan seks dengan adik bongsu di ruang tamu rumahnya. Sejak itu ibu merasa sedih dan kecewa. Namun tetap setia di rumah menjaga anak sehingga lahir anak ketiga.

Selepas lahir anak ketiga, ibu bercerai. Sikap suami tidak berubah sejak berkahwin, jarang pulang ke rumah dan ambil berat hal keluarga. Selepas bercerai, ibu pulang ke rumah pusaka dan tinggal bersama emak. Turut tinggal bersama ibu ialah adik perempuan bongsu yang telah berkahwin.

Ketika tinggal di rumah pusaka bersama emak dan adik bongsu, suami adik bongsu telah merogolnya. Dari kejadian rogol oleh adik ipar, ibu mengandung, kemudian melahirkan anak ke-4. Anak ini dipelihara oleh kakak sulung. Untuk tidak menambah konflik dalam keluarga, emak menyuruh ibu keluar dari rumah pusaka.

Konon nak tengok anak

Sekadar gambar hiasan

Ibu menyewa sebuah bilik dan tinggal bersama anak-anaknya. Ibu bekerja untuk membayar sewa bilik dan menyara anak-anak. Anak yang besar menjaga adik-adik ketika ibu keluar bekerja. Datang bekas suami ke bilik itu, konon mahu melihat anak, tetapi ambil kesempatan merogol ibu. Ibu mengandung dan melahirkan anak ke-5. Anak ini diserahkan kepada keluarga angkat.
Tidak lama kemudian, adik ipar, suami adik bongsu sekali lagi merogol ibu dan mengandung. Kemudian ibu melahirkan anak ke-6. Anak ini juga diserahkan kepada kekuarga angkat.

Oktober 2019, ibu terpaksa keluar dari bilik kerana tidak mampu membayar sewa. Ketika ibu bekerja, telah berkenalan dengan seorang lelaki yang baik hati. Lelaki ini telah membawa ibu dan anak ke rumah keluarganya. Keluarga lelaki ini menyantuni dengan baik ibu dan anak-anaknya. Dianggap mereka semua sebagai kekuarga angkatnya.

Pada bulan Disember 2019, ibu mohon pulang ke kampung seketika untuk urusan dengan JKM berkaitan 2 orang anaknya. Ketika pulang berurusan di kampungnya, sekali lagi ibu dirogol oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai ancik Z. Mulanya ancik Z kata nak bertanggungjawab, tetapi pada bulan Februari, apabila mendapati dirinya mengandung, ibu telah bertemu dengan ancik Z, ancik Z menafikan anak itu bukan anaknya. Ibu merasa tertipu.

Ibu berusaha untuk mengugurkan kandungan. Berbagai cara ibu lakukan. Masukkan batang kayu di vagina, makan ubat yang dibeli di farmasi, minum air berkarbonat, dan makan nanas yang banyak. Namun kandungan itu tetap utuh sehinggalah 9 bulan dan dilahirkan pada 01/10/2020 dengan keadaan sumbing bibir.

Mohon balik

Ibu telah dirujuk ke jabatan psiaktri oleh doktor, dan dicadang ditempatkan di rumah kebajikan. Pada 07/10/2020, ibu dihantar ke Baitus Solehah oleh staff kesihatan. Anak ibu masih di wad nicu sebuah hospital. Ibu datang sehelai sepinggang. Maka segeralah saya menyediakan, segala keperluan kebersihan diri, pakaian dalam, baju, tudung dan lain lain untuk ibu ini. Bra, panties, pad, berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, shampoo, tuala, cadar dan selimut.

Baru 2 malam, hari ini datang jumpa saya.
“Nak balik.”
“Kenapa nak balik?” Diam.
“Duduklah sini, boleh belajar. Nak balik nak kemana? Makan pakai semua ada. Sini tak boleh main handphone ya?” Angguk.

Telefon adalah bala kepada ibu. Semua kejadian dikatakan rogol. Dengan ancik Z tu bukan sekali tetapi berkali-kali pun dikatakannya rogol. 7 orang anak telah dilahirkan. 4 orang anak tak sah taraf. Hanya yang ke-7 masih di hospital. Yang lain-lain ada dibawah jagaan JKM dan keluarga angkat. Apa pandangan, adakah diizinkan ibu ini balik?

Opah Cucu Seribu,
Mak Liza

Sumber: Baitus Solehah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×