berita

Kongsi Pengalaman Buang Rahim, Nourul Depp Pesan Buat ‘Check Up’ Setiap Tahun – ‘Kami Cerita Sebab Ramai Takut Nak Bedah’

September 8th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

7 September genap setahun penyanyi popular Nourul Depp menjalani pembedahan pembuangan rahim selepas disahkan mempunyai ketumbuhan.

Buat check-up setiap tahun

Menerusi hantaran di Instagram (IG),  Nourul memberi kesedaran kepada orang ramai untuk peka dengan kesihatan dalaman. Kata pemilik nama Noorulhuda Abdul Wahab, dia tahu ramai yang takut dengan pembedahan namun ia lebih baik daripada menanggung sakit dalam tempoh lama.

Cerita setahun yang lalu.. Terpaksa remove uterus (rahim) bila doktor terjumpa something yang boleh memudaratkan di masa yang akan datang.

Apa yang kami nak cerita kat sini ialah buat medical check setiap 12 bulan. Semua ni gambar 5,6,7 September 2020. Tak akan lupa perasaan bila doktor break the news. Genetically kami memang jenis ada ketumbuhan ni. Memang dari sebelah arwah abah. Sebab tu jaga diri dan bersenam.

Takut? Siapa tak takut nak bedah. Tapi lebih baik sakit sat (tak lama) dari sakit berpanjangan seperti penyakit kanser dan sebagainya.

Saya kena hidup untuk anak

 

View this post on Instagram

 

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Dalam pada itu, pelantun lagu Kerana Terluka berkata dia tidak berfikir panjang selepas dimaklumkan doktor yang dia perlu menjalani pembedahan. Ujarnya, dia perlu sihat demi anak-anaknya yang masih kecil.

Kami tak tunggu lama. Kami kata buang!!! Booked date terus jalan! Kami tak tunggu dah. Anak anak masih kecil. I have to live for them. Allah perkenankan Alhamdulillah Allah permudahkan.

Itulah kisahnya. Kami cerita ini sebab ramai yang takut nak pi bedah bila kena bedah. Takut tu sat ja. Dengan ubat doktor bagi tu, awak akan lena. Best rasa. Dapat rehat. Semua doktor adalah bagus dalam bidang depa. Mereka nak selamatkan nyawa. Jadi mereka  jaga kita sepanjang dibedah.

Sekadar rekod, Nourul dan suami, Eric Daniel Depp berkahwin pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 8, Raphael, 6, dan Isabella 2.

Sementera menerusi perkahwinan terdahulu bersama komposer Ajai, Nourul dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ayu Nazirah, 23.

 

Sumber: Instagram @nouruldepp

SKIP THIS AD ×