berita

Lebih 9k Perkongsian Di Twitter, Kisah Lelaki Tua & Kucing Terbiar Ini Pasti Buat Anda Sebak

February 14th, 2017 | by Ash Nordin
Kini Trending

2

Kisah yang dikongsi oleh salah seorang pengguna Twitter ni telah mendapat perkongsian lebih 9k. Ia mengisahkan seekor kucing terbiar dengan lelaki tua merangkap rakan baiknya. Sebab lelaki tua itu tak bela kucing itu di rumah ialah kerana isterinya alami alahan pada kucing.

Mereka sangat rapat dan selalu bermain bersama sehingga lah sesuatu yang menyedihkan terjadi..

Macam cerita ‘Hachiko’ versi kucing

Screen Shot 2017-02-14 at 11.38.01 AM

Ia mengisahkan seorang lelaki tua jadikan kucing terbiar sebagai rakan baiknya selama beberapa tahun. Selalu bawakan makanan dan luangkan masa setiap hari untuk bermain dengan kucing tersebut. Lelaki tua itu tak boleh bawa kucing balik ke rumah kerana isterinya mempunyai alahan terhadap kucing.

6 bulan lepas lelaki tua itu telah pun meninggal dunia. Tapi apa yang menyentuh hati, kucing itu masih datang dan tunggu di depan pintu rumah lelaki tersebut untuk bermain dengannya. Dalam masa 6 bulan kucing tu tetap datang dengan harapan bahawa ‘kawan baiknya’ akan keluar.

Screen Shot 2017-02-14 at 11.38.18 AM

Kucing yang masih menunggu rakan baiknya untuk keluar.. Alahai sedihnya

Setakat ni kucing tu belum berputus asa untuk berjumpa dengan lelaki tua tu walaupun dah lama meninggal dunia. Isteri kepada lelaki tersebut tidak berada dalam kesihatan yang baik dan dia sedang berada di dalam hospital.

Sumber: Twitter

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×