berita

‘Lebih Brutal, Kejam’ – Kim Yo Jong Bakal Ganti Kim Jong Un Tadbir Korea Utara?

August 25th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, misteri kehilangan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un sering menjadi pendebatan dalam kalangan seluruh penduduk dunia. Ada dakwaan mengatakan bahawa pemimpin itu telah mati. Walau bagaimanapun, pihak Korea Utara menafikan dakwaan itu dan ada spekulasi mengatakan Kim Jong Un kini berada dalam keadaan kritikal.

Terbaru, adik perempuan kepada Kim Jong Un iaitu Kim Yo Jong dikhabarkan bakal menjadi pengganti dan pelapis kepimpinan Korea Utara.

Tak hadir ulang tahun datuk

Spekulasi ini memuncak apabila Kim Jong Un tidak hadir menyambut ulang tahun datuknya, Kim II Sung iaitu presiden dan pengasas Korea Utara pada 15 April lalu. Perkara ini membangkitkan isu besar dalam kalangan ahli politik Korea Utara memandangkan acara ini merupakan acara terpenting dalam kalendar politik negara itu setiap tahun.

Menurut laporan dunia, kali terakhir mereka melihat Jong-un adalah ketika mempengerusikan mesyuarat bersama Politburo Parti Pekerja pada 11 April lalu. Sejak dari itu, pemimpin itu terus tidak muncul di khayalak ramai.

Malah ada desas desus mengatakan Kim Jong Un telah mati selepas melakukan pembedahan. Walau bagaimanapun, penasihat keselamatan tertinggi kepada Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in menegaskan bahawa Jong un masih hidup dan sihat sekali gus menafikan khabar angin mengenai kesihatan pemimpin itu

Kim Yo Jong bakal ganti abangnya?

Dalam perkembangan terbaru ini, adik perempuan kepada Kim Jong Un iaitu Kim Yo Jong dikhabarkan bakal menjadi pengganti dan pelapis kepimpinan Korea Utara. Menerusi laporan portal luar negara BBC, difahamkan Yo-jong diberi portfolio mengendalikan semua urusan am termasuk bertanggungjawab dalam hubungan luar dengan Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS).

Malah, bekas pegawai Agensi Perisikan Pertahanan, Bruce Klingner, Agensi Perisikan Amerika Syarikat (CIA) mempercepatkan pengumpulan maklumat mengenai saudara kandungnya, Kim Yo Jong yang berusia 32 tahun itu. Selain itu, Perkhidmatan Risikan Kebangsaan (NIS) di Seoul mendedahkan keputusan untuk memindahkan lebih banyak kuasa kepada wanita itu jelas menunjukkan beliau sebagai pemimpin kedua tertinggi di Pyongyang.

Sering dilihat di acara penting

Kim Yo-jong pertama kali mendapat perhatian antarabangsa pada adalah pada tahun 2018, ketika dia adalah anggota pertama dinasti Kim yang mengunjungi Korea Selatan. Dia adalah sebahagian daripada delegasi ke Olimpik Musim Sejuk, di mana Utara dan Selatan bertanding sebagai pasukan bersama. Dia dilihat beriringan bersama abangnya ketika dia berangkat ke jalan diplomasi antarabangsa, bertemu dengan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in, Xi Jinping dari China dan Presiden AS Donald Trump.

Hubungan erat dengan abangnya serta pengalamannya dalam arena politik menjadikan dia dilihat layak memimpin Korea Utara. Beliau turut berperanan mentadbir serta bertanggungjawab menguruskan perihal negara dalam tempoh Kim Jong-un tidak hadir dalam mana-mana acara umum.

Lebih brutal dan kejam

Menerusi portal NYpost, Kim Yo Jong boleh memerintah lebih brutal dan kejam mengikut reputasi dan sejarahnya. Beliau dikhabarkan akan berkahwin dengan anak lelaki Choe Ryong-hae iaitu setiausaha parti yang berkuasa dan berkesan sebagai ketua kedua Kim Jong-un. Sekiranya spekulasi itu benar, ianya akan mengukuh lagi kuasa kepadanya.

‘Saya belum melihat bukti atau petunjuk tentang bagaimana dia boleh memerintah, tetapi spekulasi saya ini berdasarkan mengingat reputasi dan sejarah keluarganya. Dia mungkin boleh mentadbir dan memerintah umpama ‘pemerintah kuku besi’

Sebelum ini, beliau pernah memberi amaran untuk meruntuhkan pejabat perhubungan antara Korea yang berada di sempadan Kaesong di Utara, Pyongyang. Pada bulan Jun, Kim Yo-jong mengancam akan mengirim pasukan ke zon demiliterisasi (DMZ) di perbatasan antara Korea.

Dia melindungi imej abang dan Korea Utara

Beberapa hari kemudian pada 16 Jun, satu letupan letupan kuat berlaku di Kaesong dan asap mula kelihatan dari kawasan itu. Pegawai di Seoul mengesahkan bahawa pejabat yang telah diperuntukkan oleh pemerintah Korea Selatan hampir $ 8 juta (£ 6,3 juta) kos baiki telah dirobohkan. Dakwaan mengatakan ianya merupakan arahan dari Kim Yo-jong.

Sejak tahun 2014, tugas utama Kim Yo-jong adalah melindungi imej abangnya dan mengambil peranan penting dalam jabatan propaganda parti itu. Pada tahun 2017 dia diangkat menjadi anggota pengganti politburo walaupun peranan utamanya tetap dalam propaganda. Dia dikatakan telah menguruskan semua urusan negara dan juga bertindak sebagai penasihat politik.

Sumber : nypost, bbc, bh,

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×