berita

Lelaki Kenduri Kepala Kambing Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Ditahan Polis

March 21st, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Padah memperlekehkan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19, dua lelaki dari Langgar, Alor Setar ditahan polis. Di dalam video viral di laman sosial, lelaki berkenaan dilihat merakam suasana ‘meriah’ kenduri kepala kambing yang diadakan di kampungnya.

Dia juga mempertikaikan arahan yang dikeluarkan dengan perkataan yang kurang sopan.

Tangkap perakam dan penganjur

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata pihaknya telah menahan dua orang lelaki untuk membantu siasatan selepas menerima maklumat. Dua orang yang ditangkap adalah perakam video dan penganjur kenduri.

Kedua-duanya menetap di Langgar dan ditahan di rumah masing-masing untuk membantu siasatan.

Mereka ditahan 5.15 petang oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

Kedua-dua mereka akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman esok (hari ini).

Tambahnya lagi, kedua-dua lelaki berkenaan dibawa ke IPD Kota Setar untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 (2) (Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPB)) 2020, Seksyen 7(1) PPPB 2020, Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Dihadiri 25-30 orang

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kenduri tersebut diadakan pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan dan ini merupakan tangkapan pertama. Dia berharap kes ini dijadikan pengajaran kepada orang ramai supaya menuruti perintah dan tidak mempertikaikan arahan pihak berkuasa.

Anggaran jemputan yang hadir adalah sekitar 25 hingga 30 orang berusia 20-an hingga 30-an yang dipercayai kenalan penganjur kenduri berkenaan.

Siasatan lanjut masih dijalankan.

Turut dirampas sebuah telefon bimbit dan ujian air kencing mendapati kedua-duanya negatif bahan terlarang.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×