berita

Lepas 9 Tahun Meninggal Dunia, Kemunculan Hologram ‘Lim Yoon Taek’ Buat Ramai Sebak – ‘Isteri, Anak & Ibu Nangis Tengok Mendiang’

March 4th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sejak beberapa hari ini, viral di media sosial video ‘kemunculan’ mendiang Lim Yoon Taek dalam bentuk hologram di program ALIVE. Rata-rata peminat meluahkan rasa sebak selepas melihat reaksi isteri, anak dan ibu mendiang saat melihat hologram tersebut.

Meninggal sebab kanser

Foto: Mendiang Lim Yoon Taek

Lim Yoon Tak merupakan bekas ahli kumpulan Ulala Session. Penyanyi yang cukup berbakat ini dilahirkan pada 15 November 1980. Mendiang telah berkahwin dengan kekasih hatinya, Lee Hye Rim pada 7 Ogos 2012 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Namun siapa sangka, pada 11 Februari 2013, Lim Yoon Taek disahkan meninggal dunia akibat kanser.

Menerusi sedutan video dari episod pertama konsert ALIVE yang dikongsikan, kelihatan ahli kumpulan Ulala Session sedang berdiri di atas pentas sambil menyanyikan lagu ‘Western Sky’ oleh Lee Seoung Cheol. Lagu tersebut didendangkan dengan penuh penghayatan sambil disaksikan oleh orang ramai termasuk keluarga kecil Lim Yoon Taek.

Hologram mendiang atas pentas

Foto: Hologram mendiang Lim Yoon Taek (tengah)

Tetapi apa yang merunutun hati selepas melihat kemunculan hologram mendiang Lim Yoon Taek di atas pentas yang sedang menyanyikan lagu Western Sky bersama ahli kumpulannya yang lain. Isteri, anak dan ibu mendiang tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata saat melihat hologram tersebut.

Kesedihan tersebut turut dirasai oleh ahli kumpulan Ulala Session yang lain. Bayangkan setelah sekian lama, ahli Ulala Session akhirnya dapat ‘bersatu semula’ dengan ketua mereka di atas pentas meskipun ‘kewujudannya’ itu hanyalah dalam bentuk hologram. Tak dinafikan, dengan penggunaan teknologi AI, hologram wajah mendiang kelihatan sangat nyata dan ianya sedikit sebanyak dapat mengubat rasa rindu keluarga dan para peminat terhadap penyanyi berbakat ini.

Video yang dikongsikan telah mendapat pelbagai reaksi daripada para peminat yang rata-ratanya turut sebak selepas menonton video tersebut. Malah mereka yang sebelum ini tidak mengenali Lim Yoon Taek turut menangis dan merasai kesedihan itu.

Video

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×